Rasulullah SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 8 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يصلي من الليل التطوع ثماني ركعات وبالنهار ثنتي عشرة ركعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 8 rakaat dan pada waktu siang, Baginda menunaikan solat sunat sebanyak 12 rakaat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis nombor 5865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: كان صلى الله عليه وسلم يصلي من الليل التطوع ثماني ركعات وبالنهار ثنتي عشرة ركعة. [عم، الضعيفة (6232)]

(Munkar) Daripada ‘Ali RA berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 8 rakaat dan pada waktu siang, Baginda menunaikan solat sunat sebanyak 12 rakaat. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6232]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.