Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ - صلى الله عليه وسلم - يُصَلِّي مِنْ [الليل] التَّطَوُّعِ ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ، وَبِالنَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 8 rakaat dan pada waktu siang, Baginda menunaikan solat sunat sebanyak 12 rakaat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis no. 5865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: كان صلى الله عليه وسلم يصلي من الليل التطوع ثماني ركعات وبالنهار ثنتي عشرة ركعة. [عم، الضعيفة (6232)]
(Munkar) Daripada ‘Ali RA berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 8 rakaat dan pada waktu siang, Baginda menunaikan solat sunat sebanyak 12 rakaat. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6232]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman