Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat ketika musafir

TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي في السفر ركعتين قالت عائشة: كان في حرب وكان يخاف هل تخافون أنتم؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut. Adakah kalian juga sedang takut?

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis nombor 5155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت في السفر: أتموا صلاتكم. فقالوا: إن رسول الله ﷺ كان يصلي في السفر ركعتين قالت عائشة: كان في حرب وكان يخاف هل تخافون أنتم؟ [ابن جرير، الضعيفة (4141)].

(Batil) Daripada ‘Aishah RA bahawa dia berkata ketika musafir: Sempurnakanlah solat kalian. Mereka (para sahabat) berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut. Adakah kalian juga sedang takut? [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs