Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW mengutuskan dua lelaki untuk meminta sedekah

Teks Bahasa Arab

وَيحَكَ يا ثَعلبةُ ! قليلٌ تؤَدِّي شُكرَهُ ، خَيرٌ مِن كثيرٍ لا تُطيقُه ، أما تَرضَى أن تَكونَ مثلَ نَبيِّ اللَّهِ ، فوالَّذي نَفسي بيدِهِ لوَ شِئتُ أن تَسيلَ معيَ الجبالُ فضَّةً وذَهَبًا لسالَت.

Teks Bahasa Melayu

Aduh kamu wahai Tha’labah! Sedikit yang membawa kepada kesyukuran kepada-Nya lebih baik daripada banyak yang kamu tidak mampu. Dia berkata: Kemudian dia berkata sekali lagi. Maka baginda berkata: Tidakkah kamu reda untuk menjadi seperti nabi Allah? Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Sekiranya kamu ingin bukit emas dan perak berjalan bersamaku nescaya akan berjalan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah al-Bahili RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1857, hadis no. 9374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي – رضي الله عنه – عن ثعلبة بن حاطب الأنصاري – رضي الله عنه – أنه قال لرسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ادع الله أن يرزقني مالا؛ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ويحك يا ثعلبة! قليل تؤدي شكره، خير من كثير لا تطيقه))، قال: ثم قال مرة أخرى، فقال: ((أما ترضى أن تكون مثل نبي الله؟ فوالذي نفسي بيده! لو شئت أن تسير معي الجبال ذهبا وفضة لسارت))، قال: والذي بعثك بالحق! لئن دعوت الله فرزقني مالا؛ لأعطين كل ذي حق حقه! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اللهم! ارزق ثعلبة مالا))، قال: فاتخذ غنما، فنمت كما ينمو الدود، فضاقت عليه المدينة، فتنحى عنها، فنزل واديا من أوديتها، حتى جعل يصلي الظهر والعصر في جماعة، ويترك ما سواهما، ثم نمت وكثرت، فتنحى حتى ترك الصلوات إلا الجمعة، وهي تنمو كما ينمو الدود، حتى الجمعة، فطفق يتلقى الركبان يوم الجمعة يسألهم عن الأخبار، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما فعل ثعلبة؟)) فقالوا: يا رسول الله، اتخذ غنما فضاقت عليه المدينة! فأخبروه بأمره، فقال: ((يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة!)) قال: وأنزل الله: ((خذ من أموالهم صدقة)) الآية (سورة التوبة: 103)، ونزلت عليه فرائض الصدقة، فبعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجلين على الصدقة، رجلا من جهينة، ورجلا من سليم، وكتب لهما كيف يأخذان الصدقة من المسلمين، وقال لهما: ((مرا بثعلبة، وبفلان – رجل من بني سليم – فخذا صدقاتهما!)) فخرجا حتى أتيا ثعلبة، فسألاه الصدقة، وأقرآه كتاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ما هذه إلا جزية! ما هذه إلا أخت الجزية! ما أدري ما هذا! انطلقا حتى تفرغا ثم عودا إلى. فانطلقا، وسمع بهما السلمي، فنظر إلى خيار أسنان إبله، فعزلها للصدقة، ثم استقبلهم بها. فلما رأوها قالوا: ما يجب عليك هذا، وما نريد أن نأخذ هذا منك. قال: بلى، فخذوه، فإن نفسي بذلك طيبة، وإنما هي لي! فأخذوها منه. فلما فرغا من صدقاتهما، رجعا حتى مرا بثعلبة، فقال: أروني كتابكما! فنظر فيه، فقال: ما هذا إلا أخت الجزية! انطلقا حتى أرى رأيي. فانطلقا حتى أتيا النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآهما قال: ((يا ويح ثعلبة!)) قبل أن يكلمهما، ودعا للسلمي بالبركة، فأخبراه بالذي صنع ثعلبة، والذي صنع السلمي، فأنزل الله تبارك وتعالى فيه: ((ومنهم من عاهد الله لئن آتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصالحين)) إلى قوله: ((وبما كانوا يكذبون))، وعند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجل من أقارب ثعلبة، فسمع ذلك، فخرج حتى أتاه، فقال: ويحك يا ثعلبة! قد أنزل الله فيك كذا وكذا! فخرج ثعلبة حتى أتى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فسأله أن يقبل منه صدقته، فقال: ((إن الله منعني أن أقبل منك صدقتك))، فجعل يحثي على رأسه التراب، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((هذا عملك، قد أمرتك فلم تطعني!)) فلما أبى أن يقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، رجع إلى منزله، وقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولم يقبل منه شيئا. ثم أتى أبا بكر حين استخلف، فقال: قد علمت منزلتي من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وموضعي من الأنصار، فاقبل صدقتي! فقال أبو بكر: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وأنا أقبلها! فقبض أبو بكر، ولم يقبضها. فلما ولي عمر، أتاه فقال: يا أمير المؤمنين، اقبل صدقتي! فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر، وأنا أقبلها منك! فقبض ولم يقبلها، ثم ولي عثمان – رحمة الله عليه -، فأتاه فسأله أن يقبل صدقته فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر ولا عمر – رضوان الله عليهما – وأنا أقبلها منك! فلم يقبلها منه. وهلك ثعلبة في خلافة عثمان – رحمة الله عليه -. [ابن جرير، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (1607، 4081)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah al-Bahili RA: Daripada Tha’labah al-Ansari RA berkata: Sesungguhnya dia berkata kepada Rasulullah SAW: Doalah kepada Allah agar diberikan kepadaku harta. Baginda berkata: Aduh kamu wahai Tha’labah! Sedikit yang membawa kepada kesyukuran kepada-Nya lebih baik daripada banyak yang kamu tidak mampu. Dia berkata: Kemudian dia berkata sekali lagi. Maka baginda berkata: Tidakkah kamu reda untuk menjadi seperti nabi Allah? Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Sekiranya kamu ingin bukit emas dan perak berjalan bersamaku nescaya akan berjalan. Dia berkata: Demi (Tuhan) yang mengutuskan kamu dengan kebenaran! Sekiranya kamu berdoa kepada Allah untuk memberikan kepadaku harta, aku akan berikan bagi yang berhak itu haknya. Baginda berkata: Ya Allah, rezekikanlah Tha’labah harta. Dia berkata: Maka dia membeli seekor kambing, lalu membiak sepertimana membiaknya ulat, maka Madinah baginya menjadi sempit. Kemudian dia berpindah daripadanya. Dia turun ke lembah daripada lembah-lembahnya sehingga dia menjadikan solat Zohor dan Asar secara berjemaah dan meninggalkan selain daripada keduanya. Kemudian kambingnya membiak dan semakin banyak. Lalu dia menyisihkan diri sehingga meninggalkan solat-solat (fardu) melainkan Jumaat. Kambingnya membiak lagi seperti membiaknya ulat sehingga dia meninggalkan Jumaat. Lalu dia mula bertemu orang yang berkenderaan pada hari Jumaat dan bertanya mereka akan berita-berita. Lalu Rasulullah SAW berkata: Apa yang dilakukan oleh Tha’labah? Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Dia mengembala kambing dan Madinah telah menjadi sempit ke atasnya. Mereka memberitahunya berkaitan urusannya. Baginda berkata: Malang bagi Tha’labah! Malang bagi Tha’labah! Malang bagi Tha’labah! Baginda berkata: Lalu Allah turunkan ayat (yang bermaksud): “Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat).” [al-Tawbah: 103] Lalu turun ke atasnya ayat kefarduan sedekah (zakat). Rasulullah SAW mengutuskan dua lelaki untuk meminta sedekah. Seorang lelaki dari Juhainah dan seorang lelaki dari Sulaim. Baginda menulis bagi mereka berdua bagaimana cara mengambil sedekah daripada orang Islam. Baginda berkata kepada keduanya: “Pergilah kepada Tha’labah dan kepada fulan -Seorang lelaki dari Bani Sulaim, ambillah sedekah mereka berdua”. Mereka berdua keluar sehingga bertemu dengan Tha’labah dan mereka berdua memberitahu berkaitan sedekah serta membacakan apa yang ditulis oleh Rasulullah SAW. Dia berkata: Ini tidaklah melainkan jizyah! Ini tidaklah melainkan saudara jizyah! Aku tidak tahu apakah ini. Pergilah kamu berdua sehingga kamu berdua lapang, kemudian kamu berdua kembali kepadaku. Mereka berdua pun pergi. Lelaki al-Sulami (daripada Bani Sulaim) mendengar berita tentang kedua mereka, lalu dia melihat pada sebaik-baik gigi untanya dan dia mengasingkannya untuk sedekah. Kemudian mereka bertemu dengan mereka membawa untanya. Apabila mereka melihatnya, mereka berkata: Tidak wajib ke atas kamu unta ini, kami tidak ingin ambil ini daripadamu. Dia berkata: Ya, tetapi ambillah. Sesungguhnya pemberian ini adalah daripada kemurahan hatiku dan sesungguhnya pemberian ini untukku. Maka mereka pun mengambilnya. Apabila mereka selesai daripada sedekah mereka berdua, mereka kembali sehingga mereka berdua bertemu Tha’labah. Katanya: Tunjukkan aku kitab kamu berdua! Lalu dia melihat kepadanya. Dia berkata: Ini tidak lain melainkan saudara jizyah! Pergilah kamu berdua sehingga aku melihat pandanganku, lalu mereka pergi sehingga keduanya mendatangi Nabi SAW. Apabila melihat mereka berdua, dia berkata: Wahai, malanglah Tha’labah! Sebelum baginda bercakap dengan mereka berdua dan baginda berdoa untuk lelaki al-Sulami dengan keberkatan. Mereka menceritakan apa yan dilakukan oleh Tha’labah dan apa yang dilakaukan oleh al-Sulami. Lalu Allah turunkan padanya ayat (yang bermaksud): “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh” sehingga firman Allah {dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.} [al-Tawbah: 75-77] di sisi Rasulullah SAW ada seorang lelaki daripada ahli keluarga Tha’labah, lalu dia keluar sehingga dia mendatanginya. Dia berkata: Malang kamu wahai Tha’labah! Allah telah menurunkan pada kamu itu dan ini. Lalu Tha’labah keluar sehingga mendatangi Nabi SAW, dan memintanya untuk menerima sedekah daripadanya. Baginda berkata: “Sesungguhnya Allah telah menghalangiku untuk menerima daripada kamu sedekah.” Lalu dia meletakkan di atas kepalanya tanah. Rasulullah SAW telah berkata kepadanya: Ini adalah kerja kamu, aku telah perintahkan kepada kamu tetapi kamu tidak mentaatiku. Apabila Rasulullah SAW menolak, dia pulang ke rumahnya. Rasulullah SAW wafat tanpa menerima daripadanya sesuatu pun. Kemudian dia datang kepada Abu Bakar pada zaman khilafahnya. Dia berkata: Kamu tahu kedudukanku di sisi Rasulullah SAW, kedudukanku di sisi al-Ansar, terimalah sedekahku. Abu Bakar berkata: Ia tidak diterima oleh Rasulullah dan aku ingin menerimanya?! Lalu Abu Bakar wafat dan dia tidak menerimanya. Apabila Umar dilantik menjadi khalifah, dia mendatanginya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Terimalah sedekahku. Dia berkata: Rasulullah SAW tidak menerimanya dan tidak juga Abu Bakar dan Aku menerimanya daripada kamu?! Dia pun turut wafat tanpa menerimanya. Kemudian dilantik Uthman, dia datang dan memintanya untuk menerima sedekah. Dia berkata: Rasulullah SAW tidak menerimanya, tidak Abu Bakar dan tidak juga Umar, aku menerimanya daripada kamu?! Dia tidak menerimanya daripadanya. Telah binasa Tha’labah pada khilafah Uthman rahmat Allah ke atasnya. [Riwayat Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 1607, 4081]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.