Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ، وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَداً غَيْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mengucup pipi ‘Uthman bin Maz‘un setelah dia meninggal dunia. Kami tidak mengetahui Baginda ada mengucup sesiapa selain darinya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah binti Qudamah bin Maz‘un RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis no. 5530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة بنت قدامة بن مظعون رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَدًا غَيْرَهُ. [طب، الضعيفة (6010)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah binti Qudamah bin Maz‘un RA bahawa Rasulullah SAW mengucup pipi ‘Uthman bin Maz‘un setelah dia meninggal dunia. Kami tidak mengetahui Baginda ada mengucup sesiapa selain darinya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6010]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman