Rasulullah SAW mengiktiraf Ali RA sebagai wali (penjaga) agama selepas kewafatan Baginda

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! إني قد نبأني اللطيف الخبير أنه لم يعمر نبي إلا نصف عمر الذي يليه من قبله، وإني لأظن أني موشك أن أدعى فأجيب، وإني مسؤول، وإنكم مسؤولون، فماذا أنتم قائلون؟ قالوا: نشهد أنك قد بلغت وجهدت ونصحت، فجزاك الله خيرا. فقال: أليس تشهدون أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن جنته حق، وناره حق، وأن الموت حق، وأن البعث حق بعد الموت، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور؟ قالوا: بلى نشهد بذلك. قال: اللهم! اشهد. ثم قال: أيها الناس! إن الله مولاي، وأنا مولى المؤمنين، وأنا أولى بهم من أنفسهم، فمن كنت مولاه فهذا مولاه – يعني: عليا رضي الله عنه -. اللهم! وال من ولاه. وعاد من عاداه. ثم قال: يا أيها الناس! إني فرطكم، وإنكم واردون علي الحوض: حوض ما بين بصري إلى صنعاء، فيه عدد النجوم قدحان من فضة. وإني سائلكم حين تردون علي عن الثقلين؛ فانظروا كيف تخلفوني فيهما، الثقل الأكبر: كتاب الله عز وجل، سبب طرفه بيد الله، وطرفه بأيديكم، فاستمسكوا به؛ لا تضلوا ولا تبدلوا، وعترتي أهل بيتي؛ فإنه قد نبأني اللطيف الخبير أنهما لن ينقضا حتى يردا علي الحوض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketikamana Rasulullah SAW pulang dari menunaikan Haji Wada’ (perpisahan), Rasulullah SAW telah melarang para sahabatnya dari pokok-pokok yang rapat di Batha’ untuk berteduh di bawahnya. Kemudian baginda mengutuskan kepadanya. Kemudian mereka (para sahabat) telah bangun daripada bawah pohon tersebut yang berduri, dan Rasulullah berdiri di bawah pohon tersebut lalu menunaikan solat dibawahnya. Rasulullah SAW lalu bangun dan bersabda: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa tidak ada seorang nabi pun diberikan umur melainkan separuh lagi umur yang berlalu sebelumnya. Aku beranggapan bahawa aku akan dijemput dalam masa terdekat (kematian), lalu aku menjawab panggilan tersebut (wafat). Sesungguhnya aku adalah orang yang diberikan tanggungjawab dan kamu juga orang yang dipertanggungjawabkan. Maka apakah pendapat kamu? Mereka menjawab: Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, engkau telah berjihad dan engkau telah memberikan nasihat. Semoga Allah membalas kebaikan untukmu. Baginda SAW pun bersabda: Bukankah kamu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW hamba-Nya dan utusan-Nya. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Kematian itu benar. Kehidupan selepas mati itu benar. Kedatangan hari kiamat itu tiada keraguan padanya. Allah SWT akan membangkitkan sesiapa sahaja yang ada dari dalam kubur. Mereka berkata: Ya, kami bersaksi sedemikian. Baginda bersabda: Ya Allah! Bersaksilah. Kemudian Baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah waliku dan aku adalah wali bagi orang-orang mukmin. Aku lebih diutamakan bagi mereka berbanding diri mereka sendiri. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai walinya maka ini adalah walinya – iaitu Ali RA. Ya Allah! Jagalah orang yang menjaga Ali dan musuhilah orang yang memusuhi Ali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai manusia! Aku mendahului kamu, kamu akan pergi kepadaku di telaga, telaga yang luasnya antara Basrah ke Sana’a, di dalamnya terdapat bekas-bekas daripada perak sebanyak bilangan bintang-bintang. Sesungguhnya aku bertanya kepada kamu ketika kamu datang kepadaku tentang al-Thaqalain (dua perkara yang berat), oleh itu lihatlah apa yang kamu lakukan terhadap keduanya selepasku. Perkara yang paling berat adalah Kitab Allah Azzawajalla, kerana satu hujungnya berada pada tangan Allah dan satu hujungnya yang lain berada pada tangan-tangan kamu. Oleh itu, berpeganglah dengannya, janganlah kamu sesat dan menukar ganti. Juga keturunanku iaitu ahli keluargaku. Ini kerana, Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan terpisah hinggalah kedua-duanya bertemuku di telaga."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1884, hadis nombor 9491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة بن أسيد الغفاري، قال: لما صدر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من حجة الوداع؛ نهى أصحابه عن شجرات بالبطحاء متقاربات أن ينزلوا تحتهن، ثم بعث إليهن، فقم ما تحتهن من الشوك، وعمد إليهن فصلى تحتهن، ثم قام فقال: ((يا أيها الناس! إني قد نبأني اللطيف الخبير أنه لم يعمر نبي إلا نصف عمر الذي يليه من قبله، وإني لأظن أني موشك أن أدعى فأجيب، وإني مسؤول، وإنكم مسؤولون، فماذا أنتم قائلون؟ قالوا: نشهد أنك قد بلغت وجهدت ونصحت، فجزاك الله خيرا. فقال: أليس تشهدون أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن جنته حق، وناره حق، وأن الموت حق، وأن البعث حق بعد الموت، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور؟ قالوا: بلى نشهد بذلك. قال: اللهم! اشهد. ثم قال: أيها الناس! إن الله مولاي، وأنا مولى المؤمنين، وأنا أولى بهم من أنفسهم، فمن كنت مولاه فهذا مولاه – يعني: عليا رضي الله عنه -. اللهم! وال من ولاه. وعاد من عاداه. ثم قال: يا أيها الناس! إني فرطكم، وإنكم واردون علي الحوض: حوض ما بين بصري إلى صنعاء، فيه عدد النجوم قدحان من فضة. وإني سائلكم حين تردون علي عن الثقلين؛ فانظروا كيف تخلفوني فيهما، الثقل الأكبر: كتاب الله عز وجل، سبب طرفه بيد الله، وطرفه بأيديكم، فاستمسكوا به؛ لا تضلوا ولا تبدلوا، وعترتي أهل بيتي؛ فإنه قد نبأني اللطيف الخبير أنهما لن ينقضا حتى يردا علي الحوض)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4961)]

(Lemah) Daripada Khuzaifah bin Usaid al-Ghifari: Ketikamana Rasulullah SAW pulang daripada menunaikan haji Wada’ (perpisahan), Rasulullah SAW telah melarang sahabat baginda untuk mendekati pokok di Batha’ dan meminta mereka berlalu darinya. Kemudian mereka (para sahabat) telah bangun daripada bawah pohon tersebut yang berduri, dan Rasulullah berdiri di bawah pohon tersebut lalu menunaikan solat dibawahnya. Kemudian Rasulullah SAW telah bangun lalu bersabda: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa tidak ada seorang nabi pun diberikan umur melainkan separuh lagi umur yang berlalu sebelumnya. Aku beranggapan bahawa aku akan dijemput dalam masa terdekat (kematian), lalu aku menjawab panggilan tersebut (wafat). Sesungguhnya aku adalah orang yang diberikan tanggungjawab dan kamu juga orang yang dipertanggungjawabkan. Maka apakah pendapat kamu? Mereka menjawab: Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, engkau telah berjihad dan engkau telah memberikan nasihat. Semoga Allah membalas kebaikan untukmu. Baginda SAW pun bersabda: Bukankah kamu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW hamba-Nya dan utusan-Nya. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Kematian itu benar. Kehidupan selepas mati itu benar. Kedatangan hari kiamat itu tiada keraguan padanya. Allah SWT akan membangkitkan sesiapa sahaja yang ada dari dalam kubur. Mereka berkata: Ya, kami bersaksi sedemikian. Baginda bersabda: Ya Allah! Bersaksilah. Kemudian Baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah waliku dan aku adalah wali bagi orang-orang mukmin. Aku lebih diutamakan bagi mereka berbanding diri mereka sendiri. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai walinya maka ini adalah walinya – iaitu Ali RA. Ya Allah! Jagalah orang yang menjaga Ali dan musuhilah orang yang memusuhi Ali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai manusia! Aku mendahului kamu, kamu akan pergi kepadaku di telaga, telaga yang luasnya antara Basrah ke Sana’a, di dalamnya terdapat bekas-bekas daripada perak sebanyak bilangan bintang-bintang. Sesungguhnya aku bertanya kepada kamu ketika kamu datang kepadaku tentang al-Thaqalain (dua perkara yang berat), oleh itu lihatlah apa yang kamu lakukan terhadap keduanya selepasku. Perkara yang paling berat adalah Kitab Allah Azzawajalla, kerana satu hujungnya berada pada tangan Allah dan satu hujungnya yang lain berada pada tangan-tangan kamu. Oleh itu, berpeganglah dengannya, janganlah kamu sesat dan menukar ganti. Juga keturunanku iaitu ahli keluargaku. Ini kerana, Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan terpisah hinggalah kedua-duanya bertemuku di telaga." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4961]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs