Rasulullah SAW menghimpunkan Quraisy lalu bersabda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جمع رسول الله ﷺ قريشا، فقال: هل فيكم من غيركم؟ قالوا: لا، إلا ابن أختنا، وحليفنا، ومولانا. فقال: ابن أختكم مكم، وحليفكم منكم، وَمولاكم منكم، إن قريشا أهل صدق وأمانة، فمن بغى لها العواثر، أكبه الله في النار لوجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW menghimpunkan Quraisy lalu bersabda: "Adakah terdapat dalam himpunan ini orang bukan dari kalangan Quraisy?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami, sekutu kami dan bekas hamba-hamba kami." Rasulullah SAW bersabda: "Anak saudara perempuan kamu dari kalangan kamu, sekutumu dari kalangan kamu dan bekas hamba-hambamu dari kalangan kamu. Sesungguhnya Quraisy itu orangnya jujur dan amanah. Maka barangsiapa menginginkan kegelinciran buat Quraisy, Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis nombor 9056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رفاعة الأنصاري -رضي الله عنه-، قال: جمع رسول الله ﷺ قريشا، فقال: هل فيكم من غيركم؟ قالوا: لا، إلا ابن أختنا، وحليفنا، ومولانا. فقال: ابن أختكم مكم، وحليفكم منكم، وَمولاكم منكم، إن قريشا أهل صدق وأمانة، فمن بغى لها العواثر، أكبه الله في النار لوجهه. [خد، السري بن يحيى في (حديث الثوري)، ابن أبي عاصم، ك، حم، الشافعي، ((الضعيفة)) (1716)]

(Lemah) Daripada Rifa’ah al-Ansari RA berkata: Rasulullah SAW menghimpunkan Quraisy lalu bersabda: "Adakah terdapat dalam himpunan ini orang bukan dari kalangan Quraisy?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami, sekutu kami dan bekas hamba-hamba kami." Rasulullah SAW bersabda: "Anak saudara perempuan kamu dari kalangan kamu, sekutumu dari kalangan kamu dan bekas hamba-hambamu dari kalangan kamu. Sesungguhnya Quraisy itu orangnya jujur dan amanah. Maka barangsiapa menginginkan kegelinciran buat Quraisy, Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Al-Sirri bin Yahya dalam Hadis Al-Thauri, Ibn Abi ‘Asim, al-Hakim, Ahmad dan al-Syafie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1716]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.