Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جمع رسول الله ﷺ قريشا، فقال: هل فيكم من غيركم؟ قالوا: لا، إلا ابن أختنا، وحليفنا، ومولانا. فقال: ابن أختكم مكم، وحليفكم منكم، وَمولاكم منكم، إن قريشا أهل صدق وأمانة، فمن بغى لها العواثر، أكبه الله في النار لوجهه.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW menghimpunkan Quraisy lalu bersabda: "Adakah terdapat dalam himpunan ini orang bukan dari kalangan Quraisy?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami, sekutu kami dan bekas hamba-hamba kami." Rasulullah SAW bersabda: "Anak saudara perempuan kamu dari kalangan kamu, sekutumu dari kalangan kamu dan bekas hamba-hambamu dari kalangan kamu. Sesungguhnya Quraisy itu orangnya jujur dan amanah. Maka barangsiapa menginginkan kegelinciran buat Quraisy, Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka.
Sahabat Perawi
- Rifa’ah al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis no. 9056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رفاعة الأنصاري -رضي الله عنه-، قال: جمع رسول الله ﷺ قريشا، فقال: هل فيكم من غيركم؟ قالوا: لا، إلا ابن أختنا، وحليفنا، ومولانا. فقال: ابن أختكم مكم، وحليفكم منكم، وَمولاكم منكم، إن قريشا أهل صدق وأمانة، فمن بغى لها العواثر، أكبه الله في النار لوجهه. [خد، السري بن يحيى في (حديث الثوري)، ابن أبي عاصم، ك، حم، الشافعي، ((الضعيفة)) (1716)]
(Lemah) Daripada Rifa’ah al-Ansari RA berkata: Rasulullah SAW menghimpunkan Quraisy lalu bersabda: "Adakah terdapat dalam himpunan ini orang bukan dari kalangan Quraisy?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami, sekutu kami dan bekas hamba-hamba kami." Rasulullah SAW bersabda: "Anak saudara perempuan kamu dari kalangan kamu, sekutumu dari kalangan kamu dan bekas hamba-hambamu dari kalangan kamu. Sesungguhnya Quraisy itu orangnya jujur dan amanah. Maka barangsiapa menginginkan kegelinciran buat Quraisy, Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Al-Sirri bin Yahya dalam Hadis Al-Thauri, Ibn Abi ‘Asim, al-Hakim, Ahmad dan al-Syafie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1716]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman