Rasulullah SAW menghantarku kepada Raja Rom

TEKS BAHASA ARAB

وجهني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى ملك الروم بكتابه وهو بدمشق، فناولته كتاب النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقبل خاتمه ووضعه تحت شيء كان عليه قاعدا، ثم نادى، فاجتمع البطارقة وقومه، فقام على وسائد بنيت – وكذلك يفعل فارس والروم، ولم يكن منابر – فخطب أصحابه فقال: هذا كتاب النبي ﷺ الذي بشرنا به المسيح، من ولد إسماعيل بن إبراهيم، فتخروا نخرة، فأومى بيده: أن اسكتوا، ثم قال: إنا نجربكم كيف نصركم للنصرانية! قال: فبعث من الغد سترا فأدخلني بيتا عظيما في ثلاث مئة وثلاث عشرة صورة، فإذا هي صور الأنبياء والمرسلين، قال: انظر إلى صاحبك من هؤلاء، قال: فرأيت صورة النبي ﷺ كأنه ينظر، قلت: هذا! قال: صدقت. فقال: صورة من هذا عن يمينه؟ قلت: رجل من قومه يقال له: أبو بكر الصديق. قال: فمن ذا عن يساره؟ قلت: رجل من قومه يقال له: عمر بن الخطاب. قال: إنا نجد في الكتاب أن بصاحبيه هذين يتمم الله – عز وجل – هذا الدين. فلما قدمت على النبي ﷺ أخبرته، فقال:صدق، بأبي بكر وعُمَر يتمم الله – عز وجل -هذا الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW menghantarku kepada Raja Rom yang mana ketika itu berada di Damsyik, lalu aku memberikan kepada dia surat nabi SAW, dia mencium cop baginda lalu meletakkannya di bawah sesuatu yang dia gunakan untuk duduk. Kemudian dia memanggil lalu berkumpulah para panglimanya dan kaumnya, lalu dia bangun dari singgahsananya, seperti mana yang selalunya dilakukan oleh raja Parsi dan Rom, mereka tidak mempunyai mimbar untuk berucap, lalu dia memberi ucapan kepada pengikutnya: Ini adalah surat daripada Nabi SAW, yang mana al-Masih (Isa AS) memberikan khabar gembira kepada kita tentangnya, baginda adalah dari nasab Ismail bin Ibrahim AS. Lalu para pengikutnya mendengus dengan satu dengusan (tidak puas hati). Lalu Raja Rom mengisyaratkan dengan tangannya supaya para pengikut diam. Lalu dia berkata: Sesungguhnya kami menguji kalian untuk mengetahui bagaimana kalian semua mampu membantu agama Nasrani? Dia mengutuskan aku keesokannya untuk melepasi satu tabir, lalu aku masuk ke dalam satu rumah yang besar yang ada padanya 313 gambar. Ianya adalah gambar para nabi dan rasul. Lalu dia berkata padaku: Tengoklah kepada sahabatmu daripada mereka ini. Lalu aku melihat gambar Nabi SAW seperti baginda memandangku. Aku berkata: Ini! Lalu dia berkata: Betul. bertanya: Gambar siapakah di sebelah kanannya? Aku menjawab: Sesorang lelaki dari kaumnya yang dipanggil Abu Bakar. Lalu dia bertanya: Gambar siapakah di sebelah kirinya? Aku menjawab: Seorang lelaki dari kaumnya yang dipanggil Umar al-Khattab. Lalu dia berkata: Kami mendapati dalam kitab kami bahawa Allah menyempurnakan agama ini dengan dua orang sahabatnya ini. Apabila aku pulang ke pangkuan Nabi SAW, aku mengkhabarkan kepada baginda. Baginda bersabda: “Benar. Allah SWT menyempurnakan agama ini dengan Abu Bakar dan Umar.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1831, hadis nombor 9237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن دحية بن خليفة رضي الله عنه، قال: وجهني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى ملك الروم بكتابه وهو بدمشق، فناولته كتاب النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقبل خاتمه ووضعه تحت شيء كان عليه قاعداً، ثم نادى، فاجتمع البطارقة وقومه، فقام على وسائد بنيت – وكذلك يفعل فارس والروم، ولم يكن منابر – فخطب أصحابه فقال: هذا كتاب النبي ﷺ الذي بشرنا به المسيح، من ولد إسماعيل بن إبراهيم، فتخروا نخرة، فأومى بيده: أن اسكتوا، ثم قال: إنا نجربكم كيف نصركم للنصرانية! قال: فبعث من الغد ستراً فأدخلني بيتا عظيما في ثلاث مئة وثلاث عشرة صورة، فإذا هي صور الأنبياء والمرسلين، قال: انظر إلى صاحبك من هؤلاء، قال: فرأيت صورة النبي ﷺ كأنه ينظر، قلت: هذا! قال: صدقت. فقال: صورة من هذا عن يمينه؟ قلت: رجل من قومه يقال له: أبو بكر الصديق . قال: فمن ذا عن يساره؟ قلت: رجل من قومه يقال له: عمر بن الخطاب. قال: إنا نجد في الكتاب أن بصاحبيه هذين يُتمم الله – عرّ وجل – هذا الدين. فلما قدمت على النبي ﷺ أخبرته، فقال:صدّق، بأبي بكر وعُمَر يُتمّم الله – عز وجل -هذا الدين. [الرافعي، ((الضعيفة)) (3304)].

(Munkar) Daripada Dihyah bin Khalifah RA berkata, Rasulullah SAW menghantarku kepada Raja Rom yang mana ketika itu berada di Damsyik, lalu aku memberikan kepada dia surat nabi SAW, dia mencium cop baginda lalu meletakkannya di bawah sesuatu yang dia gunakan untuk duduk. Kemudian dia memanggil lalu berkumpulah para panglimanya dan kaumnya, lalu dia bangun dari singgahsananya, seperti mana yang selalunya dilakukan oleh raja Parsi dan Rom, mereka tidak mempunyai mimbar untuk berucap, lalu dia memberi ucapan kepada pengikutnya: Ini adalah surat daripada Nabi SAW, yang mana al-Masih (Isa AS) memberikan khabar gembira kepada kita tentangnya, baginda adalah dari nasab Ismail bin Ibrahim AS. Lalu para pengikutnya mendengus dengan satu dengusan (tidak puas hati). Lalu Raja Rom mengisyaratkan dengan tangannya supaya para pengikut diam. Lalu dia berkata: Sesungguhnya kami menguji kalian untuk mengetahui bagaimana kalian semua mampu membantu agama Nasrani? Dia mengutuskan aku keesokannya untuk melepasi satu tabir, lalu aku masuk ke dalam satu rumah yang besar yang ada padanya 313 gambar. Ianya adalah gambar para nabi dan rasul. Lalu dia berkata padaku: Tengoklah kepada sahabatmu daripada mereka ini. Lalu aku melihat gambar Nabi SAW seperti baginda memandangku. Aku berkata: Ini! Lalu dia berkata: Betul. bertanya: Gambar siapakah di sebelah kanannya? Aku menjawab: Sesorang lelaki dari kaumnya yang dipanggil Abu Bakar. Lalu dia bertanya: Gambar siapakah di sebelah kirinya? Aku menjawab: Seorang lelaki dari kaumnya yang dipanggil Umar al-Khattab. Lalu dia berkata: Kami mendapati dalam kitab kami bahawa Allah menyempurnakan agama ini dengan dua orang sahabatnya ini. Apabila aku pulang ke pangkuan Nabi SAW, aku mengkhabarkan kepada baginda. Baginda bersabda: “Benar. Allah SWT menyempurnakan agama ini dengan Abu Bakar dan Umar.” [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs