Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يَسْتَحِبُّ إذا أَفْطَرَ أن يَفْطِرَ على لبنٍ فإِنْ لَمْ يَجِدْ فتمر فَإِنْ لم يجد حَسا حَسَوَاتٍ من ماء.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW menggalakan yang mana jika seseorang berbuka, dia berbuka puasa dengan minum susu. Jika tidak ada susu, berbuka dengan kurma dan jika tidak ada kurma, berbuka dengan menghirup air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis no. 5774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يستحب إذا أفطر أن يفطر على لبن فإن لم يجد فتمر فإن لم يجد حسا حسوات من ماء. [ابن عساكر، الضياء، الضعيفة (4269، 6127)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW menggalakan yang mana jika seseorang berbuka, dia berbuka puasa dengan minum susu. Jika tidak ada susu, berbuka dengan kurma dan jika tidak ada kurma, berbuka dengan menghirup air. [Riwayat Ibn ‘Asakir, al-Dhiya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4269, 6127].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman