TEKS BAHASA ARAB
كان يأمر بدفن سبعة أشياء من الإنسان: الشعر، والظفر، والدم، والحيضة، والسن، والمشيمة، والقلفة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW mengarahkan untuk ditanam tujuh bahagian daripada tubuh manusia, iaitu: Rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri, dan juga kulup (dari kemaluan lelaki sesudah dikhatankan).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis nombor 1078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يأمر بدفن سبعة أشياء من الإنسان: الشعر، والظفر، والدم، والحيضة، والسن، والمشيمة، والقلفة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3263)]
(Munkar)
Daripada ‘Aishah RA berkata: Rasulullah SAW mengarahkan untuk ditanam tujuh bahagian daripada tubuh manusia, iaitu: Rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri, dan juga kulup (dari kemaluan lelaki sesudah dikhatankan).
[Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3263]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.