Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يأمرُ بدفنِ سبعةِ أشياءَ من الإنسانِ: الشَّعْرُ، والظُّفْرُ، والدَّمُ، والحَيْضَةُ، والسِّنُّ، والمَشِيمَةُ، والقُلْفَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mengarahkan untuk ditanam tujuh bahagian daripada tubuh manusia, iaitu: Rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri, dan juga kulup (dari kemaluan lelaki sesudah dikhatankan).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis no. 1078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يأمر بدفن سبعة أشياء من الإنسان: الشعر، والظفر، والدم، والحيضة، والسن، والمشيمة، والقلفة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3263)]
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA berkata: Rasulullah SAW mengarahkan untuk ditanam tujuh bahagian daripada tubuh manusia, iaitu: Rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri, dan juga kulup (dari kemaluan lelaki sesudah dikhatankan). [Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3263]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman