Rasulullah SAW mengarahkan kami supaya mempamerkan kepada anak-anak kami cinta kepada Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أمرنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أن نعرض أولادنا على حب علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW mengarahkan kami supaya mempamerkan kepada anak-anak kami cinta kepada Ali bin Abi Talib.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 367, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحسن بن علي العدوي، عن جابر مرفوعا قال، ابن حبان: باطل.

Diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali al-‘Adawi daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban berkata: Batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs