Batil

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW mengarahkan kami supaya mempamerkan kepada anak-anak kami cinta kepada Ali bin Abi Talib

Teks Bahasa Arab

حديث: أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَعْرِضَ أَوْلادَنَا عَلَى حُبِّ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Rasulullah SAW mengarahkan kami supaya mempamerkan kepada anak-anak kami cinta kepada Ali bin Abi Talib.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 367, hadis no. 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحسن بن علي العدوي، عن جابر مرفوعا قال، ابن حبان: باطل.

Diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali al-'Adawi daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban berkata: Batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.