TEKS BAHASA ARAB
حديث: أمر رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بسد الأبواب الشارعة في المسجد وترك باب علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Rasulullah SAW mengarahkan agar semua pintu yang terbuka di masjid ditutup dan dibiarkan dibuka pintu Ali.
STATUS
Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 361-366, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أحمد في المسند عن ابن عمر، وعبد الله بن الرقيم الكناني. مرفوعا، ورواه أبو نعيم عن ابن عباس مرفوعا. ورواه النسائي عن زيد بن أرقم مرفوعا. وروى النسائي أيضا: ما يشهد له عن سعد بن أبي وقاص. قال ابن الجوزي: طرقه كلها باطلة. أما حديث ابن عمر، فلكونه في إسناده: هشام بن سعد. قال ابن معين: ليس بشيء. وأما حديث عبد الله بن الرقيم، فلكونه في إسناده: عبد الله بن شريك وهوكذاب. وأما حديث ابن عباس، فلكونه في إسناده: يحيى بن عبد الحميد الحماني. قال ابن حبان كذاب. وأما حديث زيد بن أرقم، فلكونه في إسناده: ميمون مولى عبد الرحمن ابن سمرة. قال ابن معين: لا شيء. وأما حديث سعد بن أبي وقاص، فلكونه في إسناده: عبد الله بن شريك المتقدم، والحارث بن مالك. قال النسائي: لا أعرفه. وقد روى هذا الحديث الخطيب عن جابر مرفوعا وفي إسناده: مجاهيل. قال يحيى. هذه الأحاديث من وضع الرافضة قابلوا به حديث أبي بكر في الصحيح. قال ابن حجر، في القول المسدد. في الذب عن مسند أحمد: قول ابن الجوزي في هذا الحديث باطل، وأنه موضوع، دعوى لم يستدل عليها إلا بمخالفة الحديث الذي في الصحيحين. وهذا إقدام على رد الأحاديث الصحيحة بمجرد التوهم، ولا ينبغي الإقدام على الحكم بالوضع إلا عند عدم إمكان الجمع، ولا يلزم من تعذر الجمع في الحال، أنه لا يمكن بعد ذلك؛ لأن فوق كل ذي علم عليم. قال: وهذا الحديث من هذا الباب. هو حديث مشهور له طرق متعددة، كل طريق منها على انفراده لا يقصر عن رتبه الحسن، ومجموعها مما يقطع بصحته، على طريقه كثير من أهل الحديث. وأما كونه معارضا لما في الصحيحين. فغير مسلم: ليس بينهما معارضة، إلى آخر كلامه. قلت: ما ذكره من قوله: ولا ينبغي الإقدام على الحكم بالوضع إلا عند عدم إمكان الجمع: كلام غير صحيح. فإنه إذا تعذر الجمع لا يحل لأحد أن يحكم بوضع الموضوع، بل غاية ما يلزم الراجح عليه. وذلك: لا يستلزم كونه موضوعا بلا خلاف. وقد جمع أهل العلم بين هذا الحديث، وحديث: أنه صلى الله عليه وأله وسلم أمر بسد الخوخ في المسجد إلا خوخة أبي بكر الثابت في الصحيح، بأن سد الخوخ غير سد الأبواب. وبالجملة: فالحديث ثابت لا يحل لمسلم أن يحكم ببطلانه. وله طرق كثيرة جدا. قد أوردها صاحب اللآلىء. وقد صحح حديث زيد بن أرقم في المستدرك. وكذلك الضياء في المختارة وإعلاله بميمون غير صحيح. فقد وثقه غير واحد، وصحح له الترمذي. وأما حديث ابن عمر: فقد رواه أحمد في المسند بإسناد رجاله ثقات. وليس فيه هشام بن سعد والكلام على رد ما قاله ابن الجوزي يطول، وفيما ذكرناه كفاية إن شاء الله تعالى.
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya daripada Ibn Umar dan Abdullah bin al-Raqim al-Kinani. Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Nasaie daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Nasaie juga apa yang menjadi saksinya daripada Sa’ad bin Abu Waqqas. Ibn al-Jauzi berkata: Kesemua jalurnya adalah batil. Hadith Ibn Umar kerana pada sanadnya terdapat Hisyam bin Sa’ad. Ibn Ma’in berkata: Tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Hadith Abdullah bin al-Raqim kerana pada sanadnya terdapat Abdullah bin Syarik, dia adalah pendusta. Hadith Ibn Abbas kerana pada sanadnya terdapat Yahya bin Abdul Hamid al-Hamani. Ibn Hibban berkata: Pendusta.
Hadith Zaid bin Arqam pula kerana pada sanadnya terdapat Maimun maula Abdul Rahman bin Samurah. Ibn Ma’in berkata: Tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah).
Hadith Sa’d bin Abu Waqqas pula kerana pada sanadnya terdapat Abdullah bin Syarik tadi dan juga al-Harith bin Malik. Al-Nasaie berkata: Aku tidak mengetahuinya.
Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali. Yahya mengatakan bahawa hadith-hadith ini merupakan rekaan rafidhah (puak Syiah) yang menggunakan hadith ini untuk menentang hadith Abu Bakr dalam Sahih.
Ibn Hajar berkata dalam al-Qaul al-Musaddad fi al-Zabb ‘an Musnad Ahmad: Kata-kata Ibn al-Jauzi mengenai hadith ini adalah batil, dan bahawa ia palsu adalah dakwaan yang tidak berdalil melainkan kerana ia menyelisihi hadith yang ada dalam dua kitab Sahih. Ini adalah mendahulukan tindakan menolak hadith sahih semata-mata kerana suatu tanggapan. Tidak sepatutnya mendahulukan tindakan menghukum hadith sebagai palsu kecuali bila ia tidak mampu diharmonikan. Tidak semestinya jika ia tidak mampu diharmonikan sekarang, ia tidak mampu dilakukan selepas itu kerana di atas setiap orang yang berilmu itu ada yang lebih mengetahui. Dia berkata: Hadith ini adalah daripada bab ini. Ia adalah hadith yang masyhur dan mempunyai pelbagai jalur. Setiap jalan sekurang-kurangnya pada martabat hasan. Jika dikumpulkan kesemuanya ia menjadi sahih secara pasti, dalam jalan itu ada ramai ahli hadith. Berkenaan dengan percanggahan dengan hadith dalam dua kitab Sahih, ia tidak boleh diterima: Tidak ada percanggahan antara kedua-duanya, sehingga akhir kata-katanya. Aku berkata: Apa yang disebutkannya iaitu: Tidak sepatutnya mendahulukan tindakan menghukum hadith sebagai palsu kecuali bila ia tidak mampu diharmonikan, adalah kata-kata yang tidak betul. Jika ia tidak mampu diharmonikan, tidak boleh bagi sesiapapun untuk menghukumnya sebagai palsu. Bahkan apa yang paling patut ialah mendahulukan yang lebih rajih (lebih tepat) ke atasnya. Demikian itu tidak menjadikan ia palsu, tanpa khilaf.
Para ahli ilmu telah menggabungkan hadith ini dengan hadith bahawa Nabi SAW telah mengarahkan agar pintu kecil di masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakr yang thabit dalam kitab Sahih, bahawa menutup pintu kecil adalah lain daripada menutup pintu.
Kesimpulannya: Hadith ini thabit dan tidak boleh seorang Muslim menghukumnya sebagai batil, baginya ada sangat banyak jalan. Ia disebutkan oleh pengarang al-Laali’. Hadith Zaid bin Arqam dinilai sahih dalam al-Mustadrak. Begitu juga al-Dhiya dalam al-Mukhtarah dan dia menjadikan Maimun sebagai punca adalah tidak benar. Ini kerana ramai yang menilainya sebagai thiqah, al-Tirmizi juga menilainya sebagai sahih. Hadith Ibn Umar pula Ahmad telah meriwayatkannya dalam al-Musnad dengan sanad yang terdiri daripada perawi thiqah. Tiada padanya Hisyam bin Sa’d. Jawapan balas terhadap apa yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi adalah panjang, justeru apa yang kami sebutkan sudah memadai, dengan izin Allah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.