Sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ بِسَدِّ الأَبْوَابِ الشَّارِعَةِ فِي الْمَسْجِدِ وَتَرَكَ بَابَ علي.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Rasulullah SAW mengarahkan agar semua pintu yang terbuka di masjid ditutup dan dibiarkan dibuka pintu Ali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Jabir RA
- Sa'ad bin Abu Waqqas RA
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 361-366, hadis no. 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya daripada Ibn Umar dan Abdullah bin al-Raqim al-Kinani. Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Nasaie daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Nasaie juga apa yang menjadi saksinya daripada Sa'ad bin Abu Waqqas. Ibn al-Jauzi berkata: Kesemua jalurnya adalah batil. Hadith Ibn Umar kerana pada sanadnya terdapat Hisyam bin Sa'ad. Ibn Ma'in berkata: Tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Hadith Abdullah bin al-Raqim kerana pada sanadnya terdapat Abdullah bin Syarik, dia adalah pendusta. Hadith Ibn Abbas kerana pada sanadnya terdapat Yahya bin Abdul Hamid al-Hamani. Ibn Hibban berkata: Pendusta. Hadith Zaid bin Arqam pula kerana pada sanadnya terdapat Maimun maula Abdul Rahman bin Samurah. Ibn Ma'in berkata: Tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Hadith Sa’d bin Abu Waqqas pula kerana pada sanadnya terdapat Abdullah bin Syarik tadi dan juga al-Harith bin Malik. Al-Nasaie berkata: Aku tidak mengetahuinya. Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali. Yahya mengatakan bahawa hadith-hadith ini merupakan rekaan rafidhah (puak Syiah) yang menggunakan hadith ini untuk menentang hadith Abu Bakr dalam Sahih. Ibn Hajar berkata dalam al-Qaul al-Musaddad fi al-Zabb 'an Musnad Ahmad: Kata-kata Ibn al-Jauzi mengenai hadith ini adalah batil, dan bahawa ia palsu adalah dakwaan yang tidak berdalil melainkan kerana ia menyelisihi hadith yang ada dalam dua kitab Sahih. Ini adalah mendahulukan tindakan menolak hadith sahih semata-mata kerana suatu tanggapan. Tidak sepatutnya mendahulukan tindakan menghukum hadith sebagai palsu kecuali bila ia tidak mampu diharmonikan. Tidak semestinya jika ia tidak mampu diharmonikan sekarang, ia tidak mampu dilakukan selepas itu kerana di atas setiap orang yang berilmu itu ada yang lebih mengetahui. Dia berkata: Hadith ini adalah daripada bab ini. Ia adalah hadith yang masyhur dan mempunyai pelbagai jalur. Setiap jalan sekurang-kurangnya pada martabat hasan. Jika dikumpulkan kesemuanya ia menjadi sahih secara pasti, dalam jalan itu ada ramai ahli hadith. Berkenaan dengan percanggahan dengan hadith dalam dua kitab Sahih, ia tidak boleh diterima: Tidak ada percanggahan antara kedua-duanya, sehingga akhir kata-katanya. Aku berkata: Apa yang disebutkannya iaitu: Tidak sepatutnya mendahulukan tindakan menghukum hadith sebagai palsu kecuali bila ia tidak mampu diharmonikan, adalah kata-kata yang tidak betul. Jika ia tidak mampu diharmonikan, tidak boleh bagi sesiapapun untuk menghukumnya sebagai palsu. Bahkan apa yang paling patut ialah mendahulukan yang lebih rajih (lebih tepat) ke atasnya. Demikian itu tidak menjadikan ia palsu, tanpa khilaf. Para ahli ilmu telah menggabungkan hadith ini dengan hadith bahawa Nabi SAW telah mengarahkan agar pintu kecil di masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakr yang thabit dalam kitab Sahih, bahawa menutup pintu kecil adalah lain daripada menutup pintu. Kesimpulannya: Hadith ini thabit dan tidak boleh seorang Muslim menghukumnya sebagai batil, baginya ada sangat banyak jalan. Ia disebutkan oleh pengarang al-Laali’. Hadith Zaid bin Arqam dinilai sahih dalam al-Mustadrak. Begitu juga al-Dhiya dalam al-Mukhtarah dan dia menjadikan Maimun sebagai punca adalah tidak benar. Ini kerana ramai yang menilainya sebagai thiqah, al-Tirmizi juga menilainya sebagai sahih. Hadith Ibn Umar pula Ahmad telah meriwayatkannya dalam al-Musnad dengan sanad yang terdiri daripada perawi thiqah. Tiada padanya Hisyam bin Sa’d. Jawapan balas terhadap apa yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi adalah panjang, justeru apa yang kami sebutkan sudah memadai, dengan izin Allah.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman