Rasulullah SAW mengajarkannya suatu doa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول، أو نذرت من نذر، أو حلفت من حلف، فمشيئتك بين يديه، ما شئت، كان، وما لم تشأ، لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شيء قدير. اللهم! وما صليت من صلاة، فعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي في الدنيا والآخرة، توفني مسلما وألحقني بالصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Katakanlah setiap kali kamu bangun pagi: Kami sambut seruan diriMu ya Allah! Kami sambut seruan diriMu dan kebahagiaan adalah milikMu. Kebaikan adalah milikMu. Ianya dariMu dan kepadaMu. Ya Allah! Apa yang aku kata atau yang aku nazarkan atau apa yang aku bersumpah, maka kehendakMu berada di depannya. Apa yang Engkau kehendakkan maka ia terjadi. Apa yang Engkau tidak kehendakkan maka tidak akan terjadi. Tiada daya dan kekuatan selain daripada diriMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu. Ya Allah! Apa yang aku doa dan ke atas siapa yang Engkau rahmati, apa yang aku laknat dan ke atas siapa yang aku laknat, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Islam dan bangkitkanlah aku dalam kalangan orang yang soleh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis nombor 4998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن ثابت: أن رسول الله ﷺ علمه دعاء، وأمره أن يتعاهد به أهله كل يوم، قال: ((قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول أو نذرت من نذر أو حلفت من حلف، فمشيئتك بين يديه. ما شئت كان، وما لم تشأ لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شئ قدير. اللهم! ما صليت من صلاة، قعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي قي الدنيا والآخرة، توفني مسلما وألحقني بالصالحين…)) الحديث بطوله.
[حم، ((الضعيفة)) 6733].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA bahawa Rasulullah SAW mengajarkannya suatu doa dan memerintahkannya untuk melazimkan keluarganya untuk membaca doa ini. Sabda baginda SAW: Katakanlah setiap kali kamu bangun pagi: Kami sambut seruan diriMu ya Allah! Kami sambut seruan diriMu dan kebahagiaan adalah milikMu. Kebaikan adalah milikMu. Ia dariMu dan kepadaMu. Ya Allah! Apa yang aku kata atau yang aku nazarkan atau apa yang aku bersumpah, maka kehendakMu berada di depannya. Apa yang Engkau kehendakkan maka ia terjadi. Apa yang Engkau tidak kehendakkan maka tidak akan terjadi. Tiada daya dan kekuatan selain daripada diriMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu. Ya Allah! Apa yang aku doa dan ke atas siapa yang Engkau rahmati, apa yang aku laknat dan ke atas siapa yang aku laknat, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Islam dan bangkitkanlah aku dalam kalangan orang yang soleh.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.