Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يُصلِّي على الرجُلِ يراهُ يخدُمُ أصحابهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mendoakan kebaikan kepada seorang lelaki yang Baginda lihat dia melayani para sahabat Baginda dengan baik, lalu Rasulullah SAW mendoakan (kebaikan) untuk lelaki itu.
Sahabat Perawi
- ‘Ali bin Rabah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis no. 583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Ali ibn Rabah, berkata: Rasulullah SAW mendoakan kebaikan kepada seorang lelaki yang Baginda lihat dia melayani para sahabat Baginda dengan baik, lalu Rasulullah SAW mendoakan (kebaikan) untuk lelaki itu. [Riwayat Wakī‘ dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5932]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman