Rasulullah SAW mendengar suara yang menghairankan baginda, lalu Jibrail datang kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم صوتا هاله فأتاه جبريل عليه السلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما هذا الصوت يا جبريل؟ فقال: هذه صخرة هوت من شفير جهنم من سبعين عاما، فهذا حين بلغت قعرها، فأحب الله أن يسمعك صوتها، فما رؤي رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد ذلك اليوم ضاحكا ملء فيه حتى قبضه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mendengar suara yang menghairankan baginda, lalu Jibrail datang kepadanya. Lalu baginda bertanya kepada Jibrail: Apakah suara ini wahai Jibrail? Lalu dia berkata: Ini ialah bunyi batu yang jatuh dari tebing neraka semenjak 70 tahun, lalu ini ketika ia sampai ke dasarnya. Lalu Allah mahu engkau mendengar suaranya. Tidak dilihat Rasulullah SAW ketawa sepenuh mulutnya selepas itu sehinggalah Allah mencabut nyawanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis nombor 3586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم صوتا هاله، فأتاه جبريل عليه السلام، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما هذا الصوت يا جبريل؟ فقال: هذه صخرة هوت من شفير جهنم من سبعين عاما، فهذا حين بلغت قعرها. فأحب الله أن يسمعك صوتها)). فما رؤي رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد ذلك اليوم ضاحكا ملء فيه حتى قبضه الله. [طب، ((الضعيفة)) (٦٧٠٥)]

(Munkar dengan selengkap ini) Daripada Abū Said RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mendengar suara yang menghairankan baginda, lalu Jibrail datang kepadanya. Lalu baginda bertanya kepada Jibrail: Apakah suara ini wahai Jibrail? Lalu dia berkata: Ini ialah bunyi batu yang jatuh dari tebing neraka semenjak 70 tahun, lalu ini ketika ia sampai ke dasarnya. Lalu Allah mahu engkau mendengar suaranya. Tidak dilihat Rasulullah SAW ketawa sepenuh mulutnya selepas itu sehinggalah Allah mencabut nyawanya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs