TEKS BAHASA ARAB
إن شئت أسمعتك تضاغيهم في النار. يعني: أطفال المشركين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu mahu, aku akan memperdengarkan jeritan mereka di neraka kepadamu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis nombor 2530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها- أنها ذكرت لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – أطفال المشركين، فقال: ((إن شئت أسمعتك تضاغيهم في النار. يعني: أطفال المشركين)). [حم، ((الضعيفة)) (3898)]
(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA berkata: Sesungguhnya beliau pernah menyebutkan kepada Rasulullah SAW tentang kanak-kanak Musyrikin, maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika kamu mahu, aku akan memperdengarkan jeritan mereka di neraka kepadamu.’
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3898]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.