Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW mendengar jeritan kanak-kanak musyrikin di neraka

Teks Bahasa Arab

إن شئتَ أسمعتُكِ تضاغيهم في النارِ. يعني : أطفالَ المشركِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu mahu, aku akan memperdengarkan jeritan mereka di neraka kepadamu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis no. 2530.

(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها- أنها ذكرت لرسول الله - صلى الله عليه وسلم - أطفال المشركين، فقال: ((إن شئت أسمعتك تضاغيهم في النار. يعني: أطفال المشركين)). [حم، ((الضعيفة)) (3898)]

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA berkata: Sesungguhnya beliau telah menyebut kepada Rasulullah SAW tentang kanak-kanak Musyrikin, maka Rasulullah SAW bersabada: 'Jika kamu mahu, aku akan memperdengarkan jeritan mereka di neraka kepadamu.' [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3898]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.