Syaz

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW mendahulukan orang-orang tua dalam pemberian air minuman

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - إذا سُقِي قال: ابدَأُوا بالكَبِيرِ، أو قال: بالأَكَابِر.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi SAW apabila diberikan air minuman, Baginda bersabda: Dahulukanlah yang berumur, atau: (Dahulukanlah) golongan yang tua.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Syaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis no. 1193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا سُقِي قال: ابدَأُوا بالكَبِيرِ، أو قال: بالأَكَابِرِ)). [طس، ع، ((الضعيفة)) (5734)]

(Syaz) Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila diberikan air minuman, Baginda bersabda: Dahulukanlah yang berumur, atau: (Dahulukanlah) golongan yang tua. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abī Ya‘lā dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5734]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.