Rasulullah SAW mencari tempat untuk baginda membuang air kecil sama seperti baginda mencari tempat untuk dijadikan rumah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mencari tempat untuk baginda membuang air kecil sama seperti baginda mencari tempat untuk dijadikan rumah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis nombor 1015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد بن دحي – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله)). [عد، ((الضعيفة)) (2459)]

(Lemah)
Daripada ‘Ubaid bin Duhaiy RA beliau berkata: Rasulullah SAW mencari tempat untuk baginda membuang air kecil sama seperti baginda mencari tempat untuk dijadikan rumah.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2459]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.