Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يتبوَّأُ لِبولِهِ كما يتبوَّأُ لمنزِلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mencari tempat untuk baginda membuang air kecil sama seperti baginda mencari tempat untuk dijadikan rumah.
Sahabat Perawi
- ‘Ubaid bin Duhaiy
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبيد بن دحي - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله)). [عد، ((الضعيفة)) (2459)]
(Daif) Daripada ‘Ubaid bin Duhaiy RA beliau berkata: Rasulullah SAW mencari tempat untuk baginda membuang air kecil sama seperti baginda mencari tempat untuk dijadikan rumah. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2459]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman