Rasulullah SAW menangis ketika menziarahi kubur ibu baginda

TEKS BAHASA ARAB

خرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ينظر في المقابر، وخرجنا معه، فأمرنا، فجلسنا، ثم تخطى القبور، حتى انتهى إلى قبر منها، فناجاه طويلاً، ثم ارتفع نحيب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – باكياً، فبكينا لبكائه، ثم أقبل إلينا، فتلقاه عمر بن الخطاب فقال: "يا رسول الله! ما الذي أبكاك؛ فقد بكانا وأفزعنا؟!" فجاء فجلس إلينا، فقال: ((أفزعكم بكائي؟))، فقلنا: "نعم يا رسول الله!" فقال: ((إن القبر الذي رأيتموني أناجي فيه: قبر أمي آمنة بنت وهب، وإني استأذنت ربي في زيارتها، فأذن لي، فاستأذنته في الاستغفار لها؛ فلم يأذن لي، ونزل علي: {ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركين} حتى ختم الآية، {وما كان استغفار إبراهيم لأبيه إلا عن موعدة وعدها إياه}؛ فأخذني ما يأخذ الولد لوالده من الرقة، فذلك الذي أبكاني)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW telah keluar untuk melihat kawasan perkuburan dan kami keluar bersamanya. Lalu Baginda telah menyuruh kami duduk dan kami pun duduk. Kemudian Baginda melewati beberapa kuburan sehinggalah dia berhenti di salah sebuah kuburan, lalu Baginda bermunajat padanya dengan lama. Lantas semakin kuat tangisan Rasulullah SAW lalu kami pun turut sama menangis kerana tangisannya. Setelah itu, Baginda datang ke arah kami dan Umar bin al-Khattab pun berjumpa dengannya seraya berkata: Wahai Rasulullah! Apa yang telah membuatkan kamu menangis? Kamu telah membuatkan kami menangis dan merasa cemas. Lalu Rasulullah SAW datang dan duduk bersama kami seraya berkata: ((Adakah tangisanku membuatkan kamu semua cemas?)) Lalu kami pun menjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda berkata: ((Sesungguhnya kubur yang telah kamu lihat aku bermunajat padanya merupakan kubur ibuku, Aminah binti Wahab. Sesungguhnya aku telah meminta izin kepada Tuhanku untuk menziarahinya maka Dia telah mengizinkanku. Lalu aku meminta izin untuk meminta keampunan baginya, namun Dia tidak memberi izin kepadaku lalu turunlah ayat: {Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik.} [al-Taubah: 113] sehingga akhir ayat. {Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya.} [al-Taubah: 114] Maka aku telah dilanda suatu perasaan yang dirasai oleh seorang anak kepada ibu bapanya dari perasaan belas kasihan, maka itulah yang membuatkan aku menangis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749-1750, hadis nombor 8821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: خرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ينظر في المقابر، وخرجنا معه، فأمرنا، فجلسنا، ثم تخطى القبور، حتى انتهى إلى قبر منها، فناجاه طويلاً، ثم ارتفع نحيب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – باكياً، فبكينا لبكائه، ثم أقبل إلينا، فتلقاه عمر بن الخطاب فقال: يا رسول الله! ما الذي أبكاك؛ فقد بكانا وأفزعنا؟! فجاء فجلس إلينا، فقال: ((أفزعكم بكائي؟))،: فقلنا: نعم يا رسول الله!" فقال: ((إن القبر الذي رأيتموني أناجي فيه: قبر أمي آمنة بنت وهب، وإني استأذنت ربي في زيارتها، فأذن لي، فاستأذنته في الاستغفار لها؛ فلم يأذن لي، ونزل علي: {ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركين} حتى ختم الآية، {وما كان استغفار إبراهيم لأبيه إلا عن موعدة وعدها إياه}؛ فأخذني ما يأخذ الولد لوالده من الرقة، فذلك الذي أبكاني)). [حب، ك، (الضعيفة)) (5131)]

(Lemah)
Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW telah keluar untuk melihat kawasan perkuburan dan kami keluar bersamanya. Lalu Baginda telah menyuruh kami duduk dan kami pun duduk. Kemudian Baginda melewati beberapa kuburan sehinggalah dia berhenti di salah sebuah kuburan, lalu Baginda bermunajat padanya dengan lama. Lantas semakin kuat tangisan Rasulullah SAW lalu kami pun turut sama menangis kerana tangisannya. Setelah itu, Baginda datang ke arah kami dan Umar bin al-Khattab pun berjumpa dengannya seraya berkata: Wahai Rasulullah! Apa yang telah membuatkan kamu menangis? Kamu telah membuatkan kami menangis dan merasa cemas. Lalu Rasulullah SAW datang dan duduk bersama kami seraya berkata: ((Adakah tangisanku membuatkan kamu semua cemas?)) Lalu kami pun menjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda berkata: ((Sesungguhnya kubur yang telah kamu lihat aku bermunajat padanya merupakan kubur ibuku, Aminah binti Wahab. Sesungguhnya aku telah meminta izin kepada Tuhanku untuk menziarahinya maka Dia telah mengizinkanku. Lalu aku meminta izin untuk meminta keampunan baginya, namun Dia tidak memberi izin kepadaku lalu turunlah ayat: {Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik.} [al-Taubah: 113] sehingga akhir ayat. {Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya.} [al-Taubah: 114] Maka aku telah dilanda suatu perasaan yang dirasai oleh seorang anak kepada ibu bapanya dari perasaan belas kasihan, maka itulah yang membuatkan aku menangis.))
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5131].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.