Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان جَالِسًا يومًا، فأَقْبَلَ أبوه من الرَضَاعَةِ، فَوَضَعَ له بَعضَ ثوبِه، فَقَعَدَ عليه، ثم أقبلتْ أمُّهُ، فوضع لها شَقَّ ثَوْبِهِ من جَانِبِهِ الآخَرِ، فجلستْ عليه، ثم أقبلَ أخوه من الرضاعة، فقَامَ له رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فأجلسَه بين يديهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, lalu datanglah bapa susuannya, kemudian Baginda pun menghamparkan sebahagian daripada pakaian Baginda kepadanya. Lalu bapa susuannya itu pun duduk di atas hamparan itu. Kemudian datang ibunya (ibu susuan), Baginda pun membentangkan cebisan lain daripada bahagian pakaian Baginda kepada ibu susuannya, lalu dia pun duduk di atasnya. Kemudian datang pula saudara susuannya, maka Nabi SAW pun bangun dan mendudukkannya di hadapan Baginda.
Sahabat Perawi
- ‘Umar bin al-Sa’ib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis no. 928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن السائب بلغه أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((كان جالسا يوما، فأقبل أبو هـ من الرضاعة، فوضع له بعض ثوبه، فقعد عليه، ثم أقبلت أمه، فوضع لها شق ثوبه من جانبه الآخر، فجلست عليه، ثم أقبل أخوه من الرضاعة، فقام له رسول الله - صلى الله عليه وسلم-، فأجلسه بين يديه)). [د، ((الضعيفة)) (1120)]
(Daif) Daripada ‘Umar bin al-Sa’ib, telah sampai kepadanya riwayat bahawa Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, lalu datanglah bapa susuannya, kemudian Baginda pun menghamparkan sebahagian daripada pakaian Baginda kepadanya. Lalu bapa susuannya itu pun duduk di atas hamparan itu. Kemudian datang ibunya (ibu susuan), Baginda pun membentangkan cebisan lain daripada bahagian pakaian Baginda kepada ibu susuannya, lalu dia pun duduk di atasnya. Kemudian datang pula saudara susuannya, maka Nabi SAW pun bangun dan mendudukkannya di hadapan Baginda. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1120]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman