Rasulullah SAW memulakan buka puasa dengan minum air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يبدأ بالشراب إذا كان صائما وكان لا يعب يشرب مرتين أو ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika berpuasa, Rasulullah SAW memulakan buka puasa dengan minum air, dan Baginda tidak tergesa-gesa ketika minum, bahkan Baginda hanya minum sebanyak dua kali atau tiga kali teguk air sahaja.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis nombor 5832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: كان يبدأ بالشراب إذا كان صائما، وكان لا يعب يشرب مرتين أو ثلاثا. [طب، الضعيفة (5929)]

(Sangat lemah) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika berpuasa, Rasulullah SAW memulakan buka puasa dengan minum air, dan Baginda tidak tergesa-gesa ketika minum, bahkan Baginda hanya minum sebanyak dua kali atau tiga kali teguk air sahaja. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5929]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.