Rasulullah SAW mempunyai jiran yang teruk seperti Abu Lahab dan ‘Uqbah bin Abu Mu’aith

TEKS BAHASA ARAB

كنت بين شر جارين، بين أبي لهب وعقبة بن أبي معيط، إن كانا ليأتيان بالفروث فيطرحانها على بابي؛ حتى إنهم ليأتون ببعض ما يطرحونه من الأذى فيطرحونه على بابي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berada di tengah-tengah diantara dua orang jiran yang teruk; iaitu Abu Lahab dan juga ‘Uqbah bin Abu Mu’aith. Sesungguhnya mereka berdua pernah datang membawa najis lalu mencampakkannya di hadapan pintu rumahku, sehinggalah (suatu hari) apabila mereka datang dengan benda-benda kotor yang ingin dilemparkan, kemudian mereka melemparkannya di depan pintu rumahku.)) Lalu Rasulullah SAW keluar dari rumah dan Baginda bersabda: ((Wahai keturunan Abdul Manaf, jiran apakah ini?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 80, hadis nombor 394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((كنت بين شر جارين، بين أبي لهب وعقبة بن أبي معيط، إن كانا ليأتيان بالفروث فيطرحانها على بابي؛ حتى إنهم ليأتون ببعض ما يطرحونه من الأذى فيطرحونه على بابي)). فيخرج به رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فيقول: ((يا بني عبد مناف! أي جوار هذا! ثم يلقيه بالطريق)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4151)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Aku berada di tengah-tengah diantara dua orang jiran yang teruk; iaitu Abu Lahab dan juga ‘Uqbah bin Abu Mu’aith. Sesungguhnya mereka berdua pernah datang membawa najis lalu mencampakkannya di hadapan pintu rumahku, sehinggalah (suatu hari) apabila mereka datang dengan benda-benda kotor yang ingin dilemparkan, kemudian mereka melemparkannya di depan pintu rumahku.)) Lalu Rasulullah SAW keluar dari rumah dan Baginda bersabda: ((Wahai keturunan Abdul Manaf, jiran apakah ini?)). Kemudian Baginda membuang kotoran-kotoran tersebut ke jalanan.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4151].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs