Rasulullah SAW mempersaudarakan Ali RA dengan baginda sendiri

TEKS BAHASA ARAB

قم؛ فما صلحت أن تكون إلا أبا تراب، أغضبت علي حين آخيت بين المهاجرين والأنصار؛ ولم أواخ بينك وبين أحد منهم؟! أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا أنه ليس بعدي نبي؟! ألا من أحبك حف بالأمن والإيمان، ومن أبغضك أماته الله ميتة جاهلية، وحوسب بعمله في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat baginda dari kalangan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar, Baginda tidak mempersaudarakan Ali bin Abi Talib dengan sesiapa dari kalangan mereka. Maka Ali pun keluar dalam keadaan marah sehingga beliau mendatangi anak sungai lalu berbaring dengan berbantalkan lengannya, kemudian angin berhembus ke atas beliau. Nabi SAW mencari beliau sehingga apabila baginda menemuinya, baginda menguis (beliau) dengan kaki baginda lalu berkata: Bangunlah, kamu ini patut menjadi Abu Turab (bapa tanah-gelaran kerana beliau diselaputi debu tanah), adakah wajar engkau marah kepadaku ketika mana aku mempersaudarakan diantara Muhajirin dan Ansar dan aku tidak mempersaudarakanmu dengan sesiapa pun dari mereka? Tidakkah kamu suka sekiranya kedudukanmu denganku ibarat kedudukan Harun kepada Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku? Sesungguhnya sesiapa yang mencintaimu dia diliputi dengan keamanan dan keimanan, dan sesiapa yang membencimu pula, dia akan dimatikan oleh Allah dalam keadaan Jahiliyyah, dan dihisab berdasarkan amalannya yang telah dia lakukan ketika dia telah Islam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 487, hadis nombor 2617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: لما آخى النبي ﷺ بين أصحابه المهاجرين والأنصار؛ فلم يؤاخ بين علي بن أبي طالب وبين أحد منهم؛ خرج علي -رضي الله عنه- مغضبا؛ حتى أتى جدولا من الأرض فتوسد ذراعه، فنسف عليه الريح، فطلبه النبي ﷺ حتى وجده، فوكزه برجله فقال له: ((قم؛ فما صلحت أن تكون إلا أبا تراب، أغضبت علي حين آخيت بين المهاجرين والأنصار؛ ولم أواخ بينك وبين أحد منهم؟! أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا أنه ليس بعدي نبي؟! ألا من أحبك حف بالأمن والإيمان، ومن أبغضك أماته الله ميتة جاهلية، وحوسب بعمله في الإسلام)). [طب، ((الضعيفة)) (4936)]

(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Ketika mana Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat baginda dari kalangan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar, Baginda tidak mempersaudarakan Ali bin Abi Talib dengan sesiapa dari kalangan mereka. Maka Ali pun keluar dalam keadaan marah sehingga beliau mendatangi anak sungai lalu berbaring dengan berbantalkan lengannya, kemudian angin berhembus ke atas beliau. Nabi SAW mencari beliau sehingga apabila baginda menemuinya, baginda menguis (beliau) dengan kaki baginda lalu berkata: Bangunlah, kamu ini patut menjadi Abu Turab (bapa tanah-gelaran kerana beliau diselaputi debu tanah), adakah wajar engkau marah kepadaku ketika mana aku mempersaudarakan diantara Muhajirin dan Ansar dan aku tidak mempersaudarakanmu dengan sesiapa pun dari mereka? Tidakkah kamu suka sekiranya kedudukanmu denganku ibarat kedudukan Harun kepada Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku? Sesungguhnya sesiapa yang mencintaimu dia diliputi dengan keamanan dan keimanan, dan sesiapa yang membencimu pula, dia akan dimatikan oleh Allah dalam keadaan Jahiliyyah, dan dihisab berdasarkan amalannya yang telah dia lakukan ketika dia telah Islam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4936]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs