Rasulullah SAW mempersaudarakan Ali dan berkongsi dengan beliau dalam pengetahuan

TEKS BAHASA ARAB

آخى رسول الله صلى الله عليه وسلم عليا وشاركه في العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mempersaudarakan Ali dan berkongsi dengan beliau dalam pengetahuan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر حَدِيث «آخَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَشَارَكَهُ فِي الْعلم» فِي حَدِيث طَوِيل وكل مَا ورد فِي أخوة عَليّ ضَعِيف وَالتِّرْمِذِيّ «أَنْت أخي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة» .

Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut tentang hadith:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mempersaudarakan Ali dan berkongsi dengan beliau dalam pengetahuan.” Ia disebutkan dalam sebuah hadith yang panjang. Setiap riwayat yang menyebut tentang persaudaraan Ali adalah daif. Dalam riwayat al-Tirmizi: Maksudnya: “Engkau adalah saudaraku di dunia dan akhirat.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs