Rasulullah SAW memotong kuku dan misai pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

كان يقلم أظفاره ويقص شاربه يوم الجمعة قبل أن يخرج إلى الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW memotong kukunya dan misainya pada hari Jumaat sebelum baginda keluar menunaikan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis nombor 8126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: ((كان يقلم أظفاره ويقص شاربه يوم الجمعة قبل أن يخرج إلى الصلاة)). [طس، ((الضعيفة)) (1112)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: ((Rasulullah SAW memotong kukunya dan misainya pada hari Jumaat sebelum baginda keluar menunaikan solat.))
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1112].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.