Rasulullah SAW memilih untuk memberikan syafaat kepada umat Islam pada hari akhirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خيرت بين الشفاعة وبين أن يدخل نصف أمتي الجنة، فاخترت الشفاعة؛ لأنها أعم وأكفى، أترونها للمتقين؟! لا، ولكنها للمذنبين الخطائين المتلوثين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku diberi (dua pilihan) di antara syafaat dan memasukkan separuh umatku ke dalam syurga, maka aku memilih syafaat; kerana ia lebih umum (mencakupi semua umatku) dan lebih besar manfaatnya. Adakah kalian menyangka ia (syafaat) untuk orang yang bertaqwa?! Tidak, tetapi ia diberikan kepada orang berdosa, orang yang banyak membuat salah dan orang yang membuat kerosakan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis nombor 2538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((خيرت بين الشفاعة وبين أن يدخل نصف أمتي الجنة، فاخترت الشفاعة؛ لأنها أعم وأكفى، أترونها للمتقين؟! لا، ولكنها للمذنبين الخطائين المتلوثين)). [هـ، ابن أبي داود في ((البعث))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، أبو صالح الحرمي في ((الفوائد العوالي))، أبو علي إسماعيل الصفار في ((حديث عبد الله المخرمي))، ((الضعيفة)) (3585)]

(Lemah)
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ‘Aku diberi (dua pilihan) di antara syafaat dan memasukkan separuh umatku ke dalam syurga, maka aku memilih syafaat; kerana ia lebih umum (mencakupi semua umatku) dan lebih besar manfaatnya. Adakah kalian menyangka ia (syafaat) untuk orang yang bertaqwa?! Tidak, tetapi ia diberikan kepada orang berdosa, orang yang banyak membuat salah dan orang yang membuat kerosakan.’
[Riwayat Sunan Ibn Mājah, Ibnu Abi Daud dalam al-Ba’thu, al-Mukhlisu dalam Fawaed al-Muntaqoh, Abu Soleh al-Harami dalam al-Fawaed al-Awali, dan Abu Ali Ismail al-Safar dalam Hadis Abdullah al-Makhrumi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3585]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.