Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُيِّرتُ بينَ الشفاعةِ وبينَ أن يدخلَ نصفُ أمتي الجنةَ، فاخترتُ الشفاعةَ؛ لأنها أعمُّ وأكفى، أترَوْنها للمتقِينَ؟! لا، ولكنها للمُذنبِينَ الخطَّائينَ المُتلوِّثينَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku diberi (dua pilihan) di antara syafaat dan memasukkan separuh umatku ke dalam syurga, maka aku memilih syafaat; kerana ia lebih umum dan lebih mencukupi. Adakah engkau merasakan ia (syafaat) untuk para muttaqin (orang yang bertaqwa) sahaja?! Tidak, tetapi ia diberikan kepada orang berdosa, orang yang bersalah dan orang yang membuat kerosakan.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Asyaari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis no. 2538.
(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((خيرت بين الشفاعة وبين أن يدخل نصف أمتي الجنة، فاخترت الشفاعة؛ لأنها أعم وأكفى، أترونها للمتقين؟! لا، ولكنها للمذنبين الخطائين المتلوثين)). [هـ، ابن أبي داود في ((البعث))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، أبو صالح الحرمي في ((الفوائد العوالي))، أبو علي إسماعيل الصفار في ((حديث عبدالله المخرمي))، ((الضعيفة)) (3585)]
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Asyaari RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Aku diberi (dua pilihan) di antara syafaat dan memasukkan separuh umatku ke dalam syurga, maka aku memilih syafaat; kerana ia lebih umum dan lebih mencukupi. Adakah engkau merasakan ia (syafaat) untuk para muttaqin (orang yang bertaqwa) sahaja?! Tidak, tetapi ia diberikan kepada orang berdosa, orang yang bersalah dan orang yang membuat kerosakan.' [Riwayat Sunan Ibn Mājah, Ibnu Abi Daud dalam al-Ba’thu, al-Mukhlisu dalam Fawaed al-Muntaqoh, Abu Soleh al-Harami dalam al-Fawaed al-Awali, dan Abu Ali Ismail al-Safar dalam Hadis Abdullah al-Makhrumi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3585]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman