Daif

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW memerintahkan untuk selalu memberi hadiah supaya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - يَأْمُرُ بِالهَدِيَةِ صِلَةً بَيْنَ النَاسِ ويقول: ((لَوْ قَدْ أَسْلَمَ الناسُ تَهَادَوا من غير جُوعٍ.))

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW memerintahkan untuk selalu memberi hadiah supaya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Lalu, Baginda bersabda: ((Berilah hadiah, walaupun manusia dalam keadaan mencukupi dan tidak berada dalam kelaparan.))

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يأمر بالهدية صلة بين الناس ويقول: لو قد أسلم الناس تهادوا من غير جوع)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4259)].

(Daif) Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW memerintahkan untuk selalu memberi hadiah supaya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Lalu, Baginda bersabda: ((Berilah hadiah, walaupun manusia dalam keadaan mencukupi dan tidak berada dalam kelaparan.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4259].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.