Rasulullah SAW memerintahkan untuk (mendirikan) solat malam

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بصلاة الليل ولو ركعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu melakukan solat malam sekalipun hanya satu rakaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 287, hadis nombor 1501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: أمر رسول اللہ ﷺ بصلاة الليل ورغب فيها حتى، قال: «عليكم بصلاة الليل ولو ركعة».
[عبدالله ابن أحمد في زوائد الزهد، طب، «الضعيفة» (3912)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW memerintahkan untuk (mendirikan) solat malam dan baginda sangat memberi galakan tentangnya. Sehingga baginda berkata: Hendaklah kamu melakukan solat malam sekalipun hanya satu rakaat.
[Riwayat ‘Abdullah Ibn Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3912]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.