Rasulullah SAW memegang janggutku dan aku mengetahui terdapat kesedihan pada wajah Baginda SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلحيتي وأنا أعرف الحزن في وجهه فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون أتاني جبريل آنفا فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون فقلت: إنا لله وإنا إليه راجعون، مم ذاك يا جبريل؟ فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير فقلت: فتنة كفر أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون، فقلت: ومن أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟ قال: بكتاب الله عز وجل يضلون فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم تمنع الأمراء الحقوق،ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطونها، فيفتتنوا (الأصل: فيفشوا) ويقتتلوا ويتبع القراء أهواء الأمراء فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فيم يسلم (الأصل: يسأل) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر وإن أعطوا الذي لهم أخذوه وإن منعوا، تركوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW memegang janggutku dan aku mengetahui terdapat kesedihan pada wajah Baginda SAW, lalu Baginda SAW telah bersabda: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Malaikat Jibril AS telah datang kepadaku sebentar tadi lalu ia telah berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Maka aku pun mengatakan: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali) mengapakah yang demikian itu wahai Jibril? Lalu Malaikat Jibril AS telah berkata: Sesungguhnya umat kamu akan ditimpa fitnah selepas kewafatanmu dalam tempoh yang sangat singkat. Lalu aku telah bertanya: Fitnah kekufuran atau fitnah kesesatan? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Kesemuanya akan berlaku. Maka aku telah bertanya: Dari mana datangnya perkara itu sedangkan aku telah meninggalkan kepada mereka Kitab Allah ‘Azza Wa Jalla? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Dengan Kitab Allah mereka sesat. Yang terawal dari kalangan mereka adalah golongan pemimpin dan juga para qari mereka. Golongan pemerintah menghalang hak-hak, orang ramai meminta hak mereka namun para pemerintah ini tidak memberikannya. Lalu mereka melakukan fitnah (asal: Maka mereka menyebarkan) dan membunuh. Manakala golongan qari pula mengikut hawa nafsu para pemerintah lalu mereka membantu pemerintah dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti. Kemudian aku telah bertanya: Wahai Jibril, pada perkara apakah selamatnya golongan yang selamat (asal: bertanya) daripada kalangan mereka? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Dengan menahan diri dan juga bersabar. Sekiranya diberi apa yang menjadi hak mereka, maka mereka akan mengambilnya. Dan sekiranya dihalang hak-hak mereka, mereka akan meninggalkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 123, hadis nombor 630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِحْيَتِي وَأَنَا أَعْرِفُ الْحُزْنَ فِي وَجْهِهِ – فَقَالَ: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلحيتي وأنا أعرف الحزن في وجهه فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون أتاني جبريل آنفا فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون فقلت: إنا لله وإنا إليه راجعون مم ذاك يا جبريل؟ فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير فقلت: فتنة كفر أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون فقلت: ومن أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟ قال: بكتاب الله عز وجل يضلون فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم تمنع الأمراء الحقوق ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطونها فيفتتنوا (الأصل: فيفشوا) ويقتتلوا ويتبع القراء أهواء الأمراء فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل فيم يسلم (الأصل: يسأل) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر وإن أعطوا الذي لهم أخذوه وإن منعوا تركوه. [ابن أبي عاصم، الفسوي، الضعيفة (6381)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA telah berkata: Rasulullah SAW memegang janggutku dan aku mengetahui terdapat kesedihan pada wajah Baginda SAW, lalu Baginda SAW telah bersabda: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Malaikat Jibril AS telah datang kepadaku sebentar tadi lalu ia telah berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Maka aku pun mengatakan: Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali) mengapakah yang demikian itu wahai Jibril? Lalu Malaikat Jibril AS telah berkata: Sesungguhnya umat kamu akan ditimpa fitnah selepas kewafatanmu dalam tempoh yang sangat singkat. Lalu aku telah bertanya: Fitnah kekufuran atau fitnah kesesatan? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Kesemuanya akan berlaku. Maka aku telah bertanya: Dari mana datangnya perkara itu sedangkan aku telah meninggalkan kepada mereka Kitab Allah ‘Azza Wa Jalla? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Dengan Kitab Allah mereka sesat. Yang terawal dari kalangan mereka adalah golongan pemimpin dan juga para qari mereka. Golongan pemerintah menghalang hak-hak, orang ramai meminta hak mereka namun para pemerintah ini tidak memberikannya. Lalu mereka melakukan fitnah (asal: Maka mereka menyebarkan) dan membunuh. Manakala golongan qari pula mengikut hawa nafsu para pemerintah lalu mereka membantu pemerintah dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti. Kemudian aku telah bertanya: Wahai Jibril, pada perkara apakah selamatnya golongan yang selamat (asal: bertanya) daripada kalangan mereka? Malaikat Jibril AS telah menjawab: Dengan menahan diri dan juga bersabar. Sekiranya diberi apa yang menjadi hak mereka, maka mereka akan mengambilnya. Dan sekiranya dihalang hak-hak mereka, mereka akan meninggalkannya. [Diriwayatkan oleh Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, Ya‘qūb al-Fisawī dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6381]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.