Rasulullah SAW memberitahu tentang zaman perpecahan umat Islam

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang suatu masa kepada umatku di mana para Qari (pembaca al-Quran) akan bertambah ramai, namun berkurangnya para Fuqaha’ (ahli fiqh), ditarik (berkurangnya) ilmu, dan bertambahnya al-Haraj (perpecahan dan kacau bilau); mereka berkata: Apakah yang dimaksudkan dengan al-Haraj, wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Pembunuhan sesama kamu, kemudian akan datang sesudah itu suatu zaman orang-orang membaca al-Qur’an tanpa melepasi kerongkong (yakni: bacaannya tidak melepasi ke hatinya, membaca tanpa mengamalkannya) dan setelah itu akan datang pula suatu masa, berlakunya perdebatan antara orang munafik dan kafir yang mensyirikkan Allah, dengan orang-orang mukmin, masing-masing dengan pendapat masing-masing.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis nombor 2548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول)). [ك، ((الضعيفة)) (3712)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang suatu masa kepada umatku di mana para Qari (pembaca al-Quran) akan bertambah ramai, namun berkurangnya para Fuqaha’ (ahli fiqh), ditarik (berkurangnya) ilmu, dan bertambahnya al-Haraj (perpecahan dan kacau bilau); mereka berkata: Apakah yang dimaksudkan dengan al-Haraj, wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Pembunuhan sesama kamu, kemudian akan datang sesudah itu suatu zaman orang-orang membaca al-Qur’an tanpa melepasi kerongkong (yakni: bacaannya tidak melepasi ke hatinya, membaca tanpa mengamalkannya) dan setelah itu akan datang pula suatu masa, berlakunya perdebatan antara orang munafik dan kafir yang mensyirikkan Allah, dengan orang-orang mukmin, masing-masing dengan pendapat masing-masing."
[Riwayat Mustadrak al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.3712]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs