Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW memberitahu tentang zaman perpecahan umat Islam

Teks Bahasa Arab

سَيَأتِي على أُمَّتِي زمانٌ تَكثُرُ فيه القُرَّاءُ، وتَقِلُّ الفُقَهاءُ، ويُقبَضُ العِلمُ، ويَكثُرُ الهَرْجُ، قالوا: وَمَا الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ؟ قال: القتلُ بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمانٌ يَقرأُ القرآنَ رجالٌ لا يُجاوزُ تَراقِيَهم، ثم يأتي مِن بعدِ ذلك زمانٌ يُجادِلُ المُنافقُ والكافرُ المشركُ باللهِ المُؤمنَ بِمِثلِ ما يقولُ.

Teks Bahasa Melayu

Akan datang suatu masa kepada umatku di mana para Qari (pembaca al-Quran) akan bertambah banyak, sedikitnya para Fuqaha’ (ahli fiqh), berkurang ilmu, dan bertambah perpecahan (kacau bilau); mereka berkata: Apakah yang dimaksudkan al-Haraj, wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Pembunuhan sesama kamu, kemudian akan datang sesudah itu suatu zaman yang dibacakan al Quran oleh orang-orang yang tidak boleh membacanya (tidak mahir mengeluarkan makhraj huruf) dan setelah itu akan datang suatu masa berlaku perdebatan antara orang munafik dan kafir yang mensyirikkan Allah, dan orang-orang mukmin akan berbantah-bantahan dengan pendapat masing-masing.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis no. 2548.

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول)). [ك، ((الضعيفة)) (3712)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Akan datang suatu masa kepada umatku di mana para Qari (pembaca al-Quran) akan bertambah banyak, sedikitnya para Fuqaha’ (ahli fiqh), berkurang ilmu, dan bertambah perpecahan (kacau bilau); mereka berkata: Apakah yang dimaksudkan al-Haraj, wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Pembunuhan sesama kamu, kemudian akan datang sesudah itu suatu zaman yang dibacakan al Quran oleh orang-orang yang tidak boleh membacanya (tidak mahir mengeluarkan makhraj huruf) dan setelah itu akan datang suatu masa berlaku perdebatan antara orang munafik dan kafir yang mensyirikkan Allah, dan orang-orang mukmin akan berbantah-bantahan dengan pendapat masing-masing.' [Riwayat Mustadrak al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.3712]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.