TEKS BAHASA ARAB
شفاعتي لأمتي: من أحب أهل بيتي، وهم شيعتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Syafaatku untuk umatku, iaitu: Yang mencintai keluargaku, dan mereka itulah pengikutku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis nombor 2550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((شفاعتي لأمتي: من أحب أهل بيتي، وهم شيعتي)). [خط، ((الضعيفة)) (3747)]
(Lemah)
Daripada Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syafaatku untuk umatku, iaitu: Yang mencintai keluargaku, dan mereka itulah pengikutku.
[Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3747]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.