Rasulullah SAW memberi keringanan pada harga anjing pemburu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في ثمن كلب الصيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW memberi keringanan pada harga anjing pemburu.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: أحمد بن عبد الله الكندي وهو منكر الحديث وقال عبد الحق: هو باطل.

Al-Suyuthi menyebutnya di dalam kirab al-Zail daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Abdillah al-Kindi iaitu seorang yang munkar al-hadith. Dan Abdul Haq berkata: Ia batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs