Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: رَخَّصَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ فِي ثَمَنِ كَلْبِ الصَّيْدِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Rasulullah SAW memberi keringanan pada harga anjing pemburu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis no. 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في الذيل عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: أحمد بن عبد الله الكندي وهو منكر الحديث وقال عبد الحق: هو باطل.
Al-Suyuthi menyebutnya di dalam kirab al-Zail daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Abdillah al-Kindi iaitu seorang yang munkar al-hadith. Dan Abdul Haq berkata: Ia batil.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman