Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنَّ رسولَ اللهِ ابتاعَ من سواءَ بن الحارثِ المُحارِبيّ فرسا فجحدهُ، فشهدَ له خزيمةُ فقالَ لهٌ رسولُ اللهِ: ما حملكَ علي الشهادةِ ولمْ تكنْ معهُ؟ قال: صدقتَ يا رسولَ اللهِ، ولكنْ صدقتكُ بما قلتَ وعرفتُ أنك لا تقولَ إلا حقا فقال: من شهدَ لهُ خزيمةُ أو شهدَ عليهِ فهو حسبهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW membeli kuda daripada Sawa’ Bin al-Harith al-Muharibi. Lalu beliau menafikannya. Lantas Khuzaimah Bin Thabit bersaksi atas Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Apakah yang membuat kamu bersaksi sedangkan kamu tiada bersamanya? Khuzaimah berkata: Kamu benar, wahai Rasulullah, akan tetapi aku membenarkan apa yang kamu kata dan aku tahu bahawa kamu tidak akan berkata melainkan kebenaran. Lalu Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang disaksikan oleh Khuzaimah atau bersaksi atas beliau maka sudah cukup.
Sahabat Perawi
- Khuzaimah Bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis no. 9617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن خزيمة بن ثابت رضي الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحد فشهد له خزيمة بن ثابت فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما حملك على الشهادة ولم تكن معه؟ قال: صدقت يا رسول الله ولكن صدقتك بما قلت وعرفت أنك لا تقول إلا حقا. فقال: من شهد له خزيمة أو شهد عليه فهو حسبه. [تخ، طب، ك، هق، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5717)]
(Munkar) Daripada Khuzaimah Bin Thabit RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW membeli kuda daripada Sawa’ Bin al-Harith al-Muharibi. Lalu beliau menafikannya. Lantas Khuzaimah Bin Thabit bersaksi atas Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Apakah yang membuat kamu bersaksi sedangkan kamu tiada bersamanya? Khuzaimah berkata: Kamu benar, wahai Rasulullah, akan tetapi aku membenarkan apa yang kamu kata dan aku tahu bahawa kamu tidak akan berkata melainkan kebenaran. Lalu Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang disaksikan oleh Khuzaimah atau bersaksi atas beliau maka sudah cukup. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Khatib dalam al-Muwaddihu. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5717]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman