Rasulullah SAW membeli dari Sawa’ bin al-Harith al-Muharibi seekor kuda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحد، فشهد له خزيمة بن ثابت فقال له رسول الله -صلى الله عليه وسلم:- ما حملك على الشهادة ولم تكن معه؟ قال: صدقت يا رسول الله؛ ولكن صدقتك بما قلت، وعرفت أنك لا تقول إلا حقا. فقال: من شهد له خزيمة، أو شهد عليه، فهو حسبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW membeli dari Sawa’ bin al-Harith al-Muharibi seekor kuda, lantas dia mengingkarinya (tidak mengaku jual beli) lalu ia dipersaksikan oleh Khuzaimah bin Thabit lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Apa yang menyebabkan engkau bersaksi walau engkau tidak bersamanya.?” Dia berkata: Engkau benar wahai Rasulullah SAW tetapi aku membenarkan apa yang kamu katakan, dan aku mengetahui bahawa engkau tidak akan berkata-kata kecuali perkara benar. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang Khuzaimah persaksikan (kebaikan) untuknya, atau persaksikan (keburukan) kepadanya, maka ia sudah mencukupi.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis nombor 4171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن خزيمة بن ثابت –رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحد، فشهد له خزيمة بن ثابت فقال له رسول الله -صلى الله عليه وسلم: – ((ما حملك على الشهادة ولم تكن معه؟)). قال: صدقت يا رسول الله؛ ولكن صدقتك بما قلت، وعرفت أنك لا تقول إلا حقا. فقال: ((من شهد له خزيمة، أو شهد عليه، فهو حسبه)).
[تخ، طب، ك، هق، الخطيب في ((الموضح)) ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5717)].

(Munkar) Daripada Khuzaimah bin Thabit RA bahawa Rasulullah SAW membeli dari Sawa’ bin al-Harith al-Muharibi seekor kuda, lantas dia mengingkarinya (tidak mengaku jual beli) lalu ia dipersaksikan oleh Khuzaimah bin Thabit lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Apa yang menyebabkan engkau bersaksi walau engkau tidak bersamanya.?” Dia berkata: Engkau benar wahai Rasulullah SAW tetapi aku membenarkan apa yang kamu katakan, dan aku mengetahui bahawa engkau tidak akan berkata-kata kecuali perkara benar. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang Khuzaimah persaksikan (kebaikan) untuknya, atau persaksikan (keburukan) kepadanya, maka ia sudah mencukupi.”
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Hakim dalam Mustadrak , al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam al-Muwaddah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5717]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.