Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنَّ رسولَ اللهِ -صلى الله عليه وسلم- ابتاعَ من سواءَ بن الحارثِ المُحارِبيّ فرسا فجحدهُ، فشهدَ له خزيمةُ بن ثابت فقالَ لهٌ رسولُ اللهِ -صلى الله عليه وسلم:- ما حملكَ علي الشهادةِ ولمْ تكنْ معهُ؟ قال: صدقتَ يا رسولَ اللهِ ؛ ولكنْ صدقتكُ بما قلتَ، وعرفتُ أنك لا تقولَ إلا حقا. فقال: من شهدَ لهُ خزيمةُ أو شهدَ عليهِ فهو حسبهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW membeli dari Sawa’ bin al-Harith al-Muharibi seekor kuda, lantas dia mengingkarinya (tidak mengaku jual beli) lalu ia dipersaksikan oleh Khuzaimah bin Thabit lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Apa yang menyebabkan engkau bersaksi walau engkau tidak bersamanya.?” Dia berkata: Engkau benar wahai Rasulullah SAW tetapi aku membenarkan apa yang kamu katakan, dan aku mengetahui bahawa engkau tidak akan berkata-kata kecuali perkara benar. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang Khuzaimah persaksikan (kebaikan) untuknya, atau persaksikan (keburukan) kepadanya, maka ia sudah mencukupi.”
Sahabat Perawi
- Khuzaimah Bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis no. 4171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن خزيمة بن ثابت –رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ابتاع من سواء بن الحارث المحاربي فرسا فجحد، فشهد له خزيمة بن ثابت فقال له رسول الله -صلى الله عليه وسلم: - ((ما حملك على الشهادة ولم تكن معه؟)). قال: صدقت يا رسول الله؛ ولكن صدقتك بما قلت، وعرفت أنك لا تقول إلا حقا. فقال: ((من شهد له خزيمة، أو شهد عليه، فهو حسبه)). [تخ، طب، ك، هق، الخطيب في ((الموضح)) ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5717)].
(Munkar) Daripada Khuzaimah bin Thabit RA bahawa Rasulullah SAW membeli dari Sawa’ bin al-Harith al-Muharibi seekor kuda, lantas dia mengingkarinya (tidak mengaku jual beli) lalu ia dipersaksikan oleh Khuzaimah bin Thabit lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Apa yang menyebabkan engkau bersaksi walau engkau tidak bersamanya.?” Dia berkata: Engkau benar wahai Rasulullah SAW tetapi aku membenarkan apa yang kamu katakan, dan aku mengetahui bahawa engkau tidak akan berkata-kata kecuali perkara benar. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang Khuzaimah persaksikan (kebaikan) untuknya, atau persaksikan (keburukan) kepadanya, maka ia sudah mencukupi.” [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Hakim dalam Mustadrak , al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam al-Muwaddah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5717]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman