Rasulullah SAW membeli barang untuk balu-balu Abdul Mutalib dengan keuntungan perniagaan Baginda

TEKS BAHASA ARAB

لا أشتري شيئاً ليس عندي ثمنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak akan membeli sesuatu pun jika aku tidak mempunyai duit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 623, hadis nombor 3244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قدمت عير المدينة، فاشتري النبي – صلى الله عليه وسلم -، فربح أواقي، فقسمها في أرامل عبدالمطالب وقال: ((لا أشتري شيئاً ليس عندي ثمنه)). [د، حم، الضياء، ((الضعيفة)) (4766)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Ketika rombongan peniaga dari Madinah tiba, lalu Nabi SAW berjual beli dengan mereka, dan Baginda telah mendapat keuntungan beberapa uqiyah. Lalu Baginda membahagikannya kepada balu-balu Abd al-Muttalib dan berkata kepada mereka: "Aku tidak akan membeli sesuatu pun jika aku tidak mempunyai duit.”
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Imam Ahmad dalam Musnad, dan al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4766].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs