Syaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُه صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلمَ حينَ استسقى لنا أطالَ الدعاءَ وأكثرَ المسألةَ، ثمَّ تحوَّلَ إلى القبلةِ، وحولَ رداءَه فقلبُه ظهرًا لبطنٍ وتحولَ الناسُ معَه وبدأَ بالصلاةِ قبلَ الخطبةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Rasulullah SAW memanjangkan doa dan memperbanyakkan permintaannya ketika beristisqa’ (memohon hujan) bersama kami. Kemudian baginda menghadap ke arah kiblat dan menyilangkan kain ridaknya, menjadikan bahagian luarnya ke dalam. Kemudian orang ramai turut berpusing ke arah kiblat dan baginda memulakan dengan solat sebelum khutbah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Zaid al-Mazini RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis no. 8259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذا السياق) عن عبد الله بن زيد المازني – رضي الله عنه-، قال: ((رأيته صلى الله عليه وسلم حين استسقى لنا أطال الدعاء وأكثر المسألة، ثم تحول إلى القبلة، وحول رداءه، فقلبه ظهرا لبطن، وتحول الناس معه، وبدأ بالصلاة قبل الخطبة)). [حم، ((الضعيفة)) (5629)].
(Syaz dengan riwayat ini) Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini RA berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW memanjangkan doa dan memperbanyakkan permintaannya ketika beristisqa’ (memohon hujan) bersama kami. Kemudian baginda menghadap ke arah kiblat dan menyilangkan kain ridaknya, menjadikan bahagian luarnya ke dalam. Kemudian orang ramai turut berpusing ke arah kiblat dan baginda memulakan dengan solat sebelum khutbah.” [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal di dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5629].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman