Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata

TEKS BAHASA ARAB

 نَظَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ إِلَى مُعَاوِيَةِ وَعَمْرُو بِنْ العَاص فَقَالَ: " اللَّهُمَّ ارْكِسْهُمَا فِي الْفِتْنَةِ رَكْسًا وَدُعَّهُمَا إِلَى النَّارِ دَعًّا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata: Ya Allah! Campakkanlah mereka berdua kepada fitnah dengan benar-benar campakkan serta tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Semua hadis yang mencela Yazid adalah dusta. Begitu juga hadis yang mencela al-Walid dan Marwan bin al-Hakam. Hadis beberapa khalifah daripada kalangan anak keturunan al-Abbas adalah dusta. Hadis yang mencela Abu Musa adalah antara dusta yang paling buruk.
Hadis:
نَظَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ إِلَى مُعَاوِيَةِ وَعَمْرُو بِنْ العَاص فَقَالَ: " اللَّهُمَّ ارْكِسْهُمَا فِي الْفِتْنَةِ رَكْسًا وَدُعَّهُمَا إِلَى النَّارِ دَعًّا
Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata: Ya Allah! Campakkanlah mereka berdua kepada fitnah dengan benar-benar campakkan serta tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan.
Ia adalah hadis yang palsu dan dibuat-buat.

——————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Riwayat Imam Ahmad di dalam Al-Musnad (4/421). Al-Bazar di dalam Musnadnya (2093). Ibnu Hibban di dalam Al-Majruhin (3/101). Abu Ya’la di dalam Musnadnya (4736). Dengan sanad mereka Ibnu Jauzi meriwayatkan di dalam Al-Maudhu’at (2/270) Al-Sayuti di dalam Al-Aali Al-Masnu’ah (2/427) riwayat daripada Ibnu Qani’ di dalam Mu’jamnya : “Yang dipanggil oleh Nabi adalah : Mu’awiyah bin Rafi, Amru bin Rifa’ah bin Tabut.” Kemudian As-Suyuti berkata : “riwayat ini terdapat kekeliruan, dan aku dapati ada kekaburan dalam hadis pertama, pada kata : Ibnu al-‘Ash, sedang ia adalah : Ibnu Rifa’ah salah seorang munafiq , begutu juga Mu’awiyah bin Rafi’ salah seorang munafiq.” Lihat: Majma’ Az-Zawaid (8/121), Al-Fawaid Al-Majmu’ah (m/s 407).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon