Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata: Ya Allah! Campakkanlah mereka berdua kepada bencana

TEKS BAHASA ARAB

نظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى معاوية وعمرو بن العاص فقال: "اللهم اركسهما في الفتنة ركسا ودعهما إلى النار دعا".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata: Ya Allah! Campakkanlah mereka berdua kepada bencana dengan sebenar-benar campakan serta tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 118, hadis nombor 264. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث نظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى معاوية وعمرو بن العاص فقال: " اللهم اركسهما في الفتنة ركسا ودعهما إلى النار دعا " كذب مختلق.

Dan hadis: Rasulullah SAW memandang Muawiyah dan Amru bin al-‘Ash lalu baginda berkata: Ya Allah! Kembalikanlah mereka berdua kepada bencana serta tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan. Ia adalah hadis yang palsu yang direka.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs