Rasulullah SAW memalingkan wajah apabila melihat bulan sabit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلال صرف وجهه عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah SAW apabila melihat bulan sabit (anak bulan), Baginda memalingkan wajah Baginda daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis nombor 7469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قتادة: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا رأى الهلال صرف وجهه عنه)). [د، ((الضعيفة))(3501)]

(Lemah)
Daripada Qatadah: Bahawa Rasulullah SAW apabila melihat bulan sabit (anak bulan), Baginda memalingkan wajah Baginda daripadanya.
[Riwayat Abu Dāwud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3501]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.