Rasulullah SAW memakan rutab (kurma matang)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يأكل الرطب، ويلقي النوى على القنع. والقنع: الطبق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW memakan rutab (kurma matang), dan baginda mencampakkan bijinya ke atas al-Qin’u. Al-Qin’u ialah bekas makanan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis nombor 1095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه -: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يأكل الرطب، ويلقي النوى على القنع. والقنع: الطبق)). [ك، ((الضعيفة)) (4258)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memakan rutab (kurma matang), dan baginda mencampakkan bijinya ke atas al-Qin’u. Al-Qin’u ialah bekas makanan.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4258]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.